Ahad, 23 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA

Assalammualaikum wbkt,
.
Alhamdulillah kita telah sampai ke bulan yang mulia, bulan rahmat, bulan ampunan, bulan barkah, di mana hajat kita yang kita inginkan insyaAllah akan di makbulkan oleh Allah.
.
Mulianya bulan Ramadhan ini sehinggakan pintu-pintu neraka ditutup dan pintu syurga di bukakan seluas-luasnya. Syaitan dibelenggu dan terkandung di dalamnya Lailatul Qadar yang mana beribadah di malam itu diumpamakan beribadah seribu bulan. Bulan ini adalah bulan yang kita tidak boleh melepaskan segala peluanguntuk beramal ibadah. Rebutlah setiap peluang. Kerana kita tidak tahu samaada kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi di lain masa. Mintalah keampunan, keberkatan hidup dan keselamatan dari api neraka. Mohonlah agar Allah membantu kita dalam mana kita hendak memperbaiki diri kita. Berdoalah agar Allah sentiasa menghiasi diri kita dengan sifat-sifat mahmudah, bukannya di sematkan dengan sifat-sifat mazmumah. Beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk memanfaatkan Ramadhan sebaik-baiknya.
.
Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan dan tugas seharian, sibukkan lah diri kita untuk juga sentiasa memuhasabah diri kita, memperbanyakkan zikir, dan menginsafi diri- yang mana perkara ini tidak perlu kita lakukan hanya di waktu kita berteleku menghadap Allah. Belanjakanlah wang/ harta kita untuk pelaburan akhirat kita. Kerana pelaburan pada waktu ini sungguh menguntungkan. Laburkanlah masa kita untuk berbuat amal ibadah. Ganjaran dilipatgandakan oleh Allah tidak seperti bulan-bulan yang lain. Yakinlah bahawa segala rezeki milik Allah. Segala rezeki milik Allah, apabila kita memberi pinjaman kepada Allah dengan jalan yang baik, Allah akan berkati rezeki kita dan menambahkan lagi rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka. Lihatlah disekeliling kita, kaum keluarga, sahabat handai dan jiran yang memerlukan dan kesusahan. Bantulah mereka sedaya upaya, berilah mereka makan, agar Allah membantu kita di waktu kita kesusahan, agar Allah memberi kita makan dan minum di waktu semua orang kelaparan.
.
Jagalah percakapan kita, peliharalah tingkah laku kita. Ingatlah, bahawa orang yang bankrup di akhirat adalah orang yang mengumpat dan mengata orang lain. Jadi, tapis setiap apa yang keluar dari bibir kita, tunjukkan akhlak yang baik kepada semua orang disekeliling kita. Semarakkanlah silaturahim antara kita. Inilah bulan dimana kita memohon agar hati kita yang keras, yang berkarat dengan dosa, yang berpenyakit penuh dengan prasangka, di cuci dan disucikan oleh Allah. Selamat berusaha dalam memperolehi lailatul qadar. Mohon maaf kepada semua sekiranya Aisyah ada tersilap kata/ perbuatan dengan tidak sengaja. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu.
.
"Ramadhan bulan ibadah, bulan kerahmatan dan keampunan. Para malaikat merendahkan sayap untuk menghitung pahala berganda."

2 ulasan:

Asmida berkata...

salam Ramadhan dari aku jua... semoga Ramadhan ini memberi keinsafan buat kita yang selalu lalai...

Asmida berkata...

salam ramadhan

KOLEKSI RESEPI