Jumaat, 16 Januari 2009

TOM YAM ASLI





Aisyah dah beberapa kali mecuba resepi tomyam nie dan mmg suka sangat rasanya. Memang lah resepinya gak rumit dan kuantitinya agak banyak, tapi Aisyah guna anggaran saja masa memasaknya (sebab keluarga Aisyah tak ramai jadi Aisyah tak masak dalam kuantiti yang banyak), dan alhamdulillah rasanya agak ekslusif sikit dibandingkan dengan tomyam yang biasa kita makan di kedai-kedai. Aisyah dapat resepi ini dari blog resipi diana, dan Aisyah nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada penyumbang asal resepi ini yang tidak dikenali dan masih misteri hingga kini. Apa-apa pun, many thanks juga kepada kak diana yang telah berkongsi resepi ini dengan kita semua.
...
Bahan-bahan Paste
150 g cili kering dikisar
50 g udang kering dikisar
50 g belacan50 g asam jawa dibancuh dengan sedikit air
50 g bawang putih dikisar
50 g bawang merah dikisar
50 g gula
25 g garam
25 ml perahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng
...
Cara membuat paste
Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.
...
Bahan-bahan Tom Yam
1 ekor ayam. Isinya diambil manakala tulangnya direbus untuk diambil stoknya.
1/2 kilo udang
1/2 kilo sotong
100 g cendawan tiram
2 biji tomato
2 biji bawang besar
1 tangkai daun bawang dihiris nipis
3 batang akar daun ketumbar
2 batang serai
10 keping daun limau purut
150 g lengkuas
100 g cili padi
25 g paste tomyam di atas
50 ml sos ikan
25 ml susu sejat
Gula dan garam dan perahan limau nipis secukup rasa
Daun ketumbar mengikut rasa
...
Cara membuatnya
Masukkan ayam, sotong dan udang ke dalam stok ayam tadi bersama-sama lengkuas, serai dan akar daun ketumbar.Kemudian masukkan bawang, tomato dan cendawan.Masukkan tomyam paste.Kemudian masukkan sos ikan, susu sejat.Masukkan perahan limau nipis, garam dan gula mengikut citarasa.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI