Khamis, 19 Mac 2009

DAGING MASAK LADA HITAM

DAGING MASAK LADA HITAM

Hmm...another favourite recipe! Tak tahu la ye, mungkin Aisyah nie orang Jawa jadi memang suka kalau ada yang kicap-kicap gitu! lepas tu letak lada hitam banyak sikit...pergh, kalau makan dengan nasi panas-panas sure macam nak pengsan! Jom kita tengok resepinya ok. Resepi asal adalah dari Fizan, dan Aisyah ada buat some modification ikut citarasa sendiri.

Bahan-Bahan
1 mangkuk daging lembu (yang telah direbus lembut dan di hiris)
1/2 biji cili benggala (capsicum) di hiris kasar
2 biji bawang besar di hiris kasar (dibahagikan 2 bahagian)
4 biji bawang putih di hiris halus
2 sudu besar lada hitam (di tumbuk 3/4 halus)
2 sudu besar kicap pekat
4-5 sudu besar kicap manis kipas udang
sedikit daun bawang
1/3 cawan air
Garam, gula dan perasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Gaulkan daging yang telah dihiris dengan lada hitam, sesudu gula, sedikit garam dan perasa.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kan 1 biji bawang besar yang dihiris dengan bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan daging dan gaul-gaulkan ia sebentar hingga air daging agak kering
4. Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Tambahkan lagi kicap manis jika perlu ikut kesesuaian masing-masing
5. Masukkan air
6. Biarkan sebentar hingga sebati dan agak pekat kuahnya. Tambahkan gula sesudu lagi. Perasakan garamnya. Tambahkan lagi jika perlu.
7. Last sekali, masukkan hirisan 1 biji bawang besar, capsicum dan juga daun bawang
8. Hidangkan panas-panas

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI