Jumaat, 17 April 2009

IKAN MASAK ASAM PEDAS JOHOR STYLE





IKAN MASAK ASAM PEDAS

2 ekor ikan mayong saiz sederhana/ 2 kepala ikan saiz besar/ ikan pari/ikan sebarau/merah etc
30 biji lada kering (di gunting dan rendam dalam air panas)
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 ibujari belacan
1 serai (dititik)
2 ibujari asam jawa (campurkan dengan sedikit air suam dan buat pes)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit kicap manis (optional- saje je nak bagi hitam sikit colour asam pedas tu)
2 sudu gula
garam dan perasa
daun kesum secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Kacang bendi (optional)
...
Cara-cara
1. Blender bawang putih, bawang besar, cili kering yang telah di rendam, belacan
2. Masukkan ke dalam periuk. Masak hingga airnya agak kering. Masukkan minyak masak dan serai. Tumis hingga betul-betul garing.
3. Masukkan ikan, gaul kan dengan bahan tumisan
4. Masukkan air (separas ikan), masukkan serbuk kunyit. Masak hingga ikan hampir masak.
5. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan perasakan ia. Masukkan kacang bendi.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI