Jumaat, 8 Mei 2009

PUDING COCTAIL




PUDING COCTAIL
Puding nie sedap tau dan cara membuatnya pun mudah. Ada beberapa kawan yang pernah makan puding nie dan mereka suka sangat rasanya. Puding ini memang favourite dalam family Aisyah, kalau time berjumpa ramai-ramai mesti puding nie di hidangkan. lagi-lagi bila cuaca panas, laju je masuk tekak....hehehehhe..
...
Actually Aisyah gunakan fruits coctail in syrup- ada di jual di pasaraya- dan masa menghidang dalam mangkuk tu Aisyah saja je masukkan pisang yang dihiris. Pernah dulu Aisyah masukkan kismis dan buah ceri, pun sedap rasanya. Terpulang lah nak letak buah-buahan apa, jangan letak durian atau kedondong sudah la sebab actually kalau kita letak fruit coctail dalam tin tu pun sudah mencukupi.
...
Bahan-bahan untuk custard
2 cawan bird custard- Jangan guna jenama lain tau, tak best.
8 cawan air
...
Cara-cara
1. Masukkan bird custard dalam besen. Masukkan 3 cawan air. Gaulkan sebati hingga tidak berketul.
2. Pada masa yang sama, masak 5 cawan air di dalam periuk hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan adunan tepung custard dalam periuk. Masak hingga custard masak- biasanya kita boleh nampak macam ada buih angin di dalam custard tu.
3. Tuang dalam loyang dah sejukkan.
...
Kuah Coctail
1.5 tin susu cair (satu tin berat 410 gram). Aisyah suka mix susu cair Ideal dan F&N. Jangan guna jenama lain, nanti tak best.
7-8 sudu gula (bancuh dengan sedikit air panas- untuk cair kan gula. Boleh tambah lagi jika perlu)
1-2 tin fruit cocktail in syrup – berat 410 gram
Air masak 2 cawan (untuk masuk dalam kuah cocktail)- boleh tambah lagi jika perlu (bab nie ikut citarasa sebab ada orang suka jenis kuah yang pekat, dan ada yang suka kuah yang agak cair)
...
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam bekas. Rasakan manisnya sama ada mencukupi atau tidak.
2. Potong tepung custard yang telah sejuk. Masukkan ke dalam kuah coctail
3. Sejukkan di dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI