Sabtu, 18 Julai 2009

NASI AMBENG








Nasi Ambeng adalah salah satu menu popular orang Jawa. Biasanya dibuat bila ada kenduri doa selamat. Nasi ini unik sikit cara menghidangnya iaitu mesti dialas dengan daun pisang. Sebenarnya aroma dari daun pisang segar tu menjadikan nasi ini istimewa.
.
Ada beberapa lauk-pauk wajib yang compulsory untuk melayakkannya di namakan nasi ambeng. Contohnya seperti serunding, sambal goreng, mee goreng, sayur kacang goreng dengan tempe dan tauhu, ayam, dan juga ikan masin bulu ayam. Ada juga yang makan dengan rempeyek, dibuat macam ala-ala popodom (kalau kita makan beriyani tu), dan digandingkan juga dengan sayur kerabu.
.
Sebenarnya memasaknya agak rumit sebab banyak lauk pauk yang perlu disediakan. Sesuai dibuat bila ada kenduri kendara, jadi berbaloi jika masak dalam kuantiti yang agak banyak. Seperti di dalam gambar, Nasi Ambeng ini Aisyah gandingkan dengan ayam masak ungkep, serunding, kerabu perut, sambal goreng jawa dan juga mee goreng. Biasanya mee goreng untuk nasi ambeng ini memang kosong begitu (tak diletakkan ayam atau sayuran) kerana lauk pauk nasi ambeng tu pun dah penuh nutrien. Resepi sambal goreng jawa, ayam ungkep, dan juga kerabu perut telah pun Aisyah berikan di dalam website ini. Di sini Aisyah kongsi resepi serunding yang telah Aisyah cuba. Alhmadulillah, rasa serunding ini sedap sangat, betul-betul seperti yang bonda Aisyah masak.
.
Sumber resepi: Pak Uteh http://tempevstapaiubi.blogspot.com/
.
SERUNDING KELAPA
Sebiji kelapa parut - Aisyah gunakan dessicated coconut (kelapa parut kering) jadi tak perlu di sangai terlebih dahulu.
.
Bahan untuk dimesin:
1 jemput jintan manis
1 sudu jintan putih
3 sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sudu besar lada lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup- Aisyah guna serbuk kunyit
2 s/b udang kering
.
Nota: Blender bahan-bahan ini hingga halus.
.
Bahan-bahan lain
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
1 sudu gula merah
Gula dan garam secukup rasa.
.
CARA-CARA
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangai) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.
.
Nota: Kuantiti untuk buat serunding ini adalah seperti kita nak buat kenduri-jadi hasilnya memang banyak. Kalau untuk makan satu keluarga sahaja, Aisyah syorkan agar kita buat dalam 1/4 atau 1/2 dari resepi ini.
.
MEE GORENG JAWA
2 paket Mee kuning
sedikit Taugeh
.
Bahan kisar:
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 1/2 biji buah keras - optional
4 s/b kicap mee ( agak2)
2 s/b lada kering
1 s/b lada hitam
1 s/b udang kering l
Sedikit sos dan gula untuk manis
(Nota: lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)
.
CARA: 1. Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing. 2. Masukkan mee dan gaul rata. Masukkan taugeh. 3. Gaul sebentar dan angkat.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI