Ahad, 23 Ogos 2009

CENDOL PULUT







Resepi cendol yang Aisyah petik dari sumber dari sitimariam@myreseoi.com

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur (Aisyah tak letak air kapur sebab tiada dalam simpanan)
sedikit pewarna hijau (option)
.
Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
-kacau selalu supaya tidak hangit.
-sediakan bekas yang berisi air sejuk
-masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
-kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
-simpan sekali dengan airnya di dalam peti sejuk.
.
Nota: pada Aisyah elok cendol itu disimpan semalaman agar ianya lebih kental dan sesuai dimakan keesokan harinya. Jika terus di makan ianya agak rapuh.
.
Hidangkan dengan pulut, kacang merah yang telah direbus dan juga jagung manis yang telah direbus.
.
Untuk pulut, masak 1 cawan pulut dengan 1 cawan air di dalam rice cooker hingga masak. Rebus kacang merah hingga empuk (ambil masa agak lama). Boleh juga beli kacang merah yang ready made (ada di jual di pasaraya).
.
Untuk kuah cendol, aisyah gunakan susu segar yang dicampurkan dengan sedikit air. Boleh juga gunakan santan yang disampurkan dengan air bagi sesiapa yang minat menggunakan santan. Untuk air gula merah pula, masakkan 2 sudu gula merah dengan 4 sudu gula pasir dengan 1 cawan air hingga sebati. Sejukkan ia sebelum digunakan.
.
Satukan semua bahan dan hidangkan sejuk.

1 ulasan:

Little Puteri berkata...

salam.. minta resepi yer :) tq

KOLEKSI RESEPI