Ahad, 16 Ogos 2009

KETAM MASAK SOS TELUR




Pernah tak kadang-kadang terasa macam tak tahu nak masak ketam tu macammana? Nie Aisyah nak share resepi ketam bersos telur. Memang one of my hubby's favourites. Masakannya pun senang tapi rasanya memang five star. Aisyah pernah cuba buat ketam masak cili pdi, tapi nampaknya dari segi rasa memang tak boleh lawan dengan yang ini. Kuahnya juga tidak pedas, dan rasa lemak ketam menjadi lebih strong sebab ada dimasukkan telur dalam resepi ini.
.
Bahan-Bahan
3 ekor ketam saiz besar- dibersihkan
Bawang putih 3 biji- cincang halus
Bawang besar 1 biji (saiz sederhana)- cincang halus
3 sudu cili kisar
sos tomato 1/2 -3/4 botol
Air secukupnya
3 biji telur
Gula, garam dan perasa secukupnya.
Sedikit minyak untuk menumis
.
Cara-cara
- tumis cili kisar bawang putih, dan bawang merah hingga naik minyak
- masukkan ketam dan masukkan air secukupnya (agak-agak menutupi ketam). Air jangan terlampau banyak.
- masukkan sos tomato, dan telur, kacau dan sebatikan. Tutup ketam sebentar dan biarkan hingga kuahnya agak pekat dan sehingga ketam masak.
-Tambahkan sos lagi sekiranya perlu (sehingga warnanya merah orange - seperti dalam gambar).
- Masukkan gula, supaya kuah tak pedas dan manis. Perasakan ia.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI