Selasa, 4 Ogos 2009

MEE BANDUNG



Hidangan kira-kira untuk 10 orang makan.

- Daging (direbus hingga lembut dan jangan di buang airnya- hiris), udang, sotong (dibersihkan dan hiris) – anggaran dalam 1 besen saiz sederhana bagi semua bahan ini.
- Tauhu 3 keping (potong kecil)- optional
- 20 cili kering+4 bawang putih+1 bawang besar saiz sederhana+belacan ½ ibu jari. Blender dan tumis hingga naik minyak
- Udang kering 6 sudu makan (blend dengan sedikit air)
- Quaker oat 3 sudu- blender dengan sedikit air
- Biskut digestive atau biskut marie (4-5 keping)- blender dengan sedikit air
- Telur (4-5 biji)
- Sayur sawi dan cili merah.
- Kacang tanah tumbuk- optional (taburkan sewaktu menghidang)
Nota: blend udang kering, quaker oat dan digestive biskut berasingan. Blend dengan sedikit air.

Cara
- Tumis bahan cili dan bawang yang di kisar hingga naik minyak/ garing. Boleh kurangkan sedikit jika tak mahu terlalu pedas.
- masuk air secukupnya (kira-kira 2/3 periuk).
- masuk daging/ udang, udang kering, quaker oat, biskut digestive dan tauhu (tauhu tu hancurkan sikit sewaktu nak masuk periuk, bagi kuah tu nampak lebih meriah dan pekat). Gunakan api sederhana sahaja, jangan guna api besar. Sentiasa kacau supaya tak berkerak.
- Didihkan kuah. Then masuk gula dalam 5-6 sudu gula, garam dan perasa secukupnya. Adjust kepeketan kuah seperti yang diingini. Kalau tak cukup pekat boleh tambahkan lagi biskut digestive/ quaker oat yang diblender.
.
Untuk menghidang
- Panaskan 3/4 cawan air di dalam periuk kecil hingga mendidih. Pecahkan sebiji telur di dalamnya dan biarkan seketika sehingga telur masak di dalam air mendidih tadi. Masukkan 2-3 senduk kuah, sebatikan ia. Masukkan sayur sawi dan terus matikan api. Hidang dengan mee kuning.
Nota: Jangan masukkan sos cili/ sos tiram/ asam jawa ke dalam kuah mee bandung sbb nanti ianya akan merosakkan rasa asli udang kering yang kita guna dalam kuah tu.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI