Khamis, 12 November 2009

NASI BERIYANI KAMBING















Kali ini Aisyah nak share resepi nasi beriyani kambing. Resepi ini senang je sebab Aisyah pakai rempah beriyani shan (bombay biryani) yang ada di jual di kedai-kedai dan pasaraya. Jadi tak perlu buang masa sediakan rempah itu dan ini. Guna je rempah beriyani ini, insyaAllah menjadi.

Nasi beriyani ini sedap dimakan dengan Raita (vegetables+yogurt) dan rasa masam-masam pada raita ini meyeimbangkan rasa beriyani dan menjadikannya lebih sedap hehehehhe...

Secara ringkasnya, (kena brief dulu), kita masak lauk dan nasi berasingan, kemudian kita akan lapis-lapiskan ia, baru kaw, sebab aroma dari lauk tu akan sebati dengan nasi dan nampak best je sebab daging tu tertimbus di dalam nasi. Tapi bab nak rebus nasi tu kena hati-hati sikit sebab kalau rebus hingga terlembik, maka nasi tak cantik dan melekat-lekat, kalau terkurang masak pula, nanti nasi jadi keras. Jadi banyakkan salawat sewaktu memasak, sebab kadang-kadang kalau tersilap sikit, terus frust tukang masak bila makanan tak menjadi..heheheh..

Alhamdulillah, sebenarnya takde la ambil masa lama sangat untuk memasaknya. Aisyah rebus daging waktu malam dan terus perap (marinade) dengan bahan-bahan dan biarkan semalaman. Esoknya, Aisyah rendam beras, masak nasi dan lapiskan dengan daging. Dalam 1 jam 15 minit dah siap dah memasaknya.

Bahan-Bahan Untuk Perapan Daging

800 gm daging kambing - pilih bahagian yang best seperti rib, shoulder, leg. - rebus dengan air hingga betul-betul lembut dengan api sederhana. Airnya jangan dibuang sebab nak guna untuk masak nasi.

1-1.2 cawan yogurt perisa asli

1 kotak rempah beriyani shan (bombay biryani)

2 sudu kecil serbuk cili

2-3 batang cili besar (cili hijau)- di hiris kasar

1 cekak daun ketumbar - hiris halus

4 bawang putih dan 1/2 ibu jari halia - di kisar

1 ibujari halia (hiris kasar)

Cara-caranya

- Gaulkan semua bahan di dalam besen besar dan perapkan semalaman. Bahan ini akan digunakan untuk memasak lauk daging beriyani keesokan harinya. Kalau tak dapat perap semalaman, perap untuk beberapa jam pun ok.

Resepi Daging Beriyani

Daging yang telah di marinade semalaman (resepi seperti di atas)

3 sudu makan ghee (minyak sapi)

1 biji bawang besar di cincang

Cara-cara

- Tumis bawang besar dengan minyak sapi. Masukkan daging kambing dan juga kuah marinade tadi. Masak hingga naik minyak. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Masukkan gula jika suka lauk beriyani agak manis.

(Nota: lauk beriyani ini mmg rasa spicy sgt, tapi jangan bimbang, bila kita combine dengan nasi nanti, rasa spicy yang kuat tadi akan di transfer kepada nasi juga. Hehhehe - boleh faham ke bahasa Aisyah pakai nie)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-Bahan untuk Nasi

4 cawan beras basmati (aisyah guna cawan beras rice cooker tu)- cuci dan rendam dalam air paip selama 40-45 minit. Kemudian, toskan ia.

6 buah pelaga

2 bunga lawang

1 batang (saiz jari kelengking) kayu manis

1/2 senduk minyak masak

Air rebusan daging. Tambahkan lagi air paip jika tidak mencukupi. Kuantiti air dalam 3/4 periuk.

2 sudu makan penuh garam (Nota: garam nie jangan terlupa, habis nanti nasi jadi tawar)

Sedikit perasa

Cara-cara

- Rebus air dengan segala bahan-bahan rempah dan minyak. Biarkan hingga menggelegak. Perasakan garamnya. Kalau rasa macam tawar sangat boleh tambah garam lagi. Kalau masin sangat, tambah air sikit. Part ini sangat penting untuk memastikan nasi kita just nice je rasanya.

- Bila dah menggelegak, masukkan beras yang telah di tuskan tadi. Rebus hingga 7-8 minit. Waktu itu sepatutnya beras dah 85% masak. Rasa nasi tadi dah sampai ke 80% atau belum. hati-hati part ini, jangan sampai nasi terlembik atau terkeras.

- Angkat 1/2 dari nasi dan tuskan. Biarkan baki nasi di dalam periuk rebusan dan rebus lagi sehingga 2 minit sampai nasi masak hingga 90%. Angkat dan tuskan. Angkat beserta dengan bahan-bahan rebusan itu sekali (e.g kayu manis, buah pelaga etc).

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara Melapis Nasi dan Daging

Sediakan bahan-bahan taburan berikut:

2 gengam bawang goreng

2 gengam daun ketumbar

2 gengam kismis

2 gengam gajus yang telah digoreng

1 cawan susu cair ( di campur dengan pewarna kuning telur)- bagi warna macam orange sikit.

2 genggam daun pudina (jika suka)

(Nota: kalau ada za'faran (saffron), boleh gunakan ia, sebab saffron ini fungsinya untuk bagi warna pada nasi beriyani tu. Aisyah takde saffron, jadi Aisyah guna pewarna kuning telur)

Teknik Melapis

- Sediakan periuk nasi (guna saiz agak besar- Aisyah guna periuk nasi saiz 7 pot beras)

- tuangkan beras yang 85% masak tadi. Ratakan perlahan-lahan. Tabur dengan 1/2 bahan taburan seperti di atas (e.g. daun ketumbar, gajus, kismis, susu cair etc).

- Kemudian tuangkan lauk daging yang telah di masak tadi.

- Kemudian tuangkan nasi yang sudah 90% masak. Tabur lagi dengan bahan-bahan taburan..

- Masak dalam rice cooker seperti biasa. Bila nasi dah masak, biarkan 'warm' di dalam rice cooker selama lebih kurang 20-30 minit. Sepatutnya pada waktu ini, nasi dah 100% masak.

- Bila nak hidang, gaulkan nasi dan daging (gaul hati-hati) supaya nasi tak patah dan hidangkan dengan raita, salad dan popodum.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Raita

2 jengkal timun (potong dadu)

2 bij tomato (potong dadu)

1 biji bawang besar (potong dadu)

2 pokok daun ketumbar (potong dadu)

10 sudu yogurt perisa asli

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil gula

sedikit perasa

Cara-cara

- Gaulkan semua bahan dan hidangkan dengan nasi beriyani.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI