Isnin, 2 November 2009

THAI GREEN CURRY










Aisyah pernah berborak dengan rakan dari Thailand, tentang menu special orang thai, dan dia suggestkan Aisyah masak Thai green curry. Sebab tomyam mmg menu yang orang Malaysia semua dah tahu, jadi kawan Aisyah suruh Aisyah cuba pula menu ini. Masa jalan-jalan di kedai terjumpa pula pes Thai Green curry ini, apa lagi, Aisyah pun cuba lah menu baru ini.
.
Rasanya memang lain dari curry yang biasa kita makan. Ada rasa macam ala-ala tomyam pun ada juga. Dan sikit-sikit ada juga macam rasa lauk ayam masak kurma. Hahahhaa...macammana tu nak combine rasa tomyam dan kurma...hahahaha...Anyway, ini adalah salah satu menu yang kita boleh pelbagaikan. Kalau dah jemu dengan kari yang biasa, boleh juga tukar citarasa dengan menu Thailand ini.
.
Bahan-Bahan
.
4-5 sudu paste thai green curry (ada di jual di pasaraya)
2 batang serai - diketuk
3 hiris halia
1.5 cawan santan - aisyah gantikan dengan susu segar
sedikit daun limau purut
3 biji cili besar (hijau atau merah)- potong kasar
2 cawan air
1/2 ekor ayam (dipotong)
2 biji kentang (potong baji)
1 sudu gula merah
1 biji bawang besar
sedikit minyak untuk menumis
(Nota: Aisyah ada masukkan beberapa biji cili padi untuk bagi pedas sikit.
.
Cara-cara
-Tumis thai green curry paste dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan air, kentang dan ayam. Rebus sehingga kentang agak lembut.
- Masukkan semua bahan lain, dan masak hingga sebati dan kuah menjadi agak pekat.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI