Ahad, 27 Disember 2009

MIE AYAM PANGSIT (MEE AYAM WANTAN)












Kali ini Aisyah nak share resepi mee yang popular di Indonesia. Masakan Indonesia/ Jawa memang mempunyai significant relationship dengan Aisyah kerana memang berketurunan Jawa. Syukur juga kerana suami Aisyah yang berketurunan Cina Melayu pun gemar dengan makanan ala-ala jawa seperti nasi ambeng, ayam ungkep dan ayam penyet.
.
Masakan jawa ini ada kelainanya sedikit dengan masakan Melayu. Ianya banyak menggunakan kaedah 'stir-fry' dan mempunyai banyak jenis sambal yang tidak kita jumpa dalam masakan Melayu. Contohnya, sambal ketuk ikan bilis- yang mana ikan bilis goreng di tumbuk bersama dengan bawang dan cili yang telah digoreng, sambal udang kering, dan juga ulaman-ulaman/ kerabu yang di sebut 'urap' di masukkan akar dan daun cekur serta kelapa parut segar dan lain-lain menu sampingan yang banyak berasaskan tempe. Makanan Indonesia ini juga popular di kalangan masyarakat di Singapura dan Malaysia, contohnya Restoran yang menjual nasi ambeng dan nasi ayam penyet di terima ramai di kedua-dua negara kerana citarasa yang sama dengan selera Malaysia.
.
Ok, kita balik semula kepada resepi mee kali ini. Ikut bahasa Indonesia, ejaan mee adalah 'Mie'. Jadi Aisyah kena lah juga gunakan nama asalnya supaya tidak di tuduh plagiarism..hehehehe. Ok, resepi asal adalah dari IndonesiaFoods yang availabe di You Tube. Mudah sekali untuk memasaknya sebab resepi dan cara membuatnya sekali ada di tunjukkan step by step di You Tube ini. Tajuknya adalah Mie Ayam Pangsit. Pangsit ini adalah bahasa Indonesia yang bermaksud 'mee wantan'. Resepi asal memang menggunakan mee wantan, tapi Aisyah gunakan mee kuning sebagai pengganti kerana bimbang dengan status halal mee wantan yang di jual di sini. Apa-apa pun, mee yang popular di tanah Jawa ini memang sangat sedap dan sangat cepat di sediakan. Cubalah, kerana penggunaan minyak bawang putih yang digaul dengan mee sewaktu menghidang memberikan rasa dan aroma berbeza berbanding mee yang pernah kita makan di Malaysia.
.
Mee ini biasanya di hidangkan dengan Bakso (sup bebola daging yang juga popular di Indonesia), tapi sebab Aisyah takde bebola daging, Aisyah serve dengan sup ekor lembu. Anyway, bagi sesiapa yang nak cepat, tak perlu letakkan bebola daging, kerana menu ini pun sudah cukup sedap dengan menyediakan mee, kicap minyak bawang, ayam kicap dan sayuran. Seperti biasa, Aisyah ada buat sikit modification ikut citarasa Aisyah sendiri.
.
Mie Ayam Pangsit
.
Bahan-Bahan untuk Kicap Minyak Bawang (Garlic Oil)
- sedikit minyak sayuran (Aisyah gantikan dengan extra virgin olive oil)
- 5 biji bawang putih (di hancurkan dengan garlic crusher- ataupun tumbuk dengan lesung batu pun boleh)
- 2 sudu besar kicap manis (Aisyah gunakan kicap manis ABC yang popular di Indonesia- boleh di dapati di kedai/ pasaraya. Kicap ini lebih pekat berbanding kicap kipas udang)
- 3 sudu besar air
.
Cara-cara
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga kecoklatan. Masukkan kicap manis dan juga sedikit air. Kacau sebentar dan angkat.
- Nota: Aisyah pernah come across satu resepi yang mana untuk menghasilkan minyak garlic yang kaw-kaw mestilah menggunakan kulit ayam. Hahahaha. Caranya adalah, hiris kulit ayam halus-halus dan goreng dengan sedikit minyak hingga lemak-lemak ayam tu cair bersama dengan bawang putih yang telah di lumatkan, kemudian masukkan kicap dan juga air (sama seperti diatas). Tapi ini sebagai nota je, dan Aisyah tak mencubanya sebab ayam yang Aisyah beli semua skinless, jadi tiada kulit ayam di rumah Aisyah. Apa-apa pun, walau tak guna kulit ayam, mee ini tetap enak dan lebih sihat).
- Aisyah letak sekali sedikit tulang ayam (sebab isi ayam di buat ayam kicap, jadi tulangnya Aisyah letakkan di garlic oil) bersama dengan bawang putih dan Aisyah asingkan tulang ayam tu sebelum angkat.
.
Bahan-Bahan untuk Ayam Kicap
1 keping dada ayam (di hiris dadu) - Aisyah gunakan 1 mangkuk sederhana isi ayam yang di dadu
1/2 kiub pati ayam
Kicap manis ABC secukupnya
sedikit lada putih- Aisyah masukkan lebih kurang 1/2 sudu kecil lada putih
sedikit air - Aisyah masukkan kira-kira 1/4 cawan
Minyak secukupnya
(Nota: Aisyah masukkan juga 4 biji cendawan yang dihiris nipis dan juga sos tiram (dalam 3 sudu makan).
.
Cara-cara
- Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam menjadi putih dan air ayam menjadi kering. Masukkan air, kiub pati ayam, lada putih, cendawan dan semua bahan-bahan lain. Masak hingga kuahnya menjadi agak pekat. Kuantiti kicap yang digunakan adalah agak banyak. Adjust ikut citarasa anda.
(Nota: Tak perlu letakkan garam kerana kicap yang digunakan telah menjadikan lauk ini masin. Tetapi, bagi yang suka masin, boleh masukkan sedikit garam ikut citarasa masing-masing).
.
Bahan-Bahan Lain
- Mee wantan/ mee kuning secukupnya
- Daun Bawang di hiris
- Bakso (sup bebola daging)
- bawang goreng
- sayuran di celur (gunakan sayur sawi atau kailan)
(Nota: Aisyah potong cili padi untuk beri rasa sedikit pedas).
.
Mee ini biasanya di hidangkan dengan kuah sup bakso dan juga sambal. Tapi sebab nak cepat Aisyah hiris sahaja cili padi dan tabur atas mee.
.
Cara Menghidang
- Gaulkan mee dengan sesudu kicap minyak bawang. Gaul rata-rata dan letakkan ke dalam pinggan. Letakkan sayuran yang telah di celur. Letakkan sesenduk ayam kicap ke atas mee. Taburkan dengan daun bawang, cili padi, bawang goreng dan bebola daging.
- Letak kuah sup bebola daging di mangkuk berasingan. Kuah sup ini optional sahaja, kalau tiada pun tidak mengapa.

4 ulasan:

ummunashwa berkata...

Salma, kak Aisyah..

Waduh-waduh begitu banyak resipi akak 2-3 hari ni..Tengok gambar-gambar tu shj kecur air liur saya...InsyaALLAH, saya nak cuba buat...

Aisyah berkata...

Salam adlina, cuba jangan tak cuba...bisa kaget fauzi bila cuba rasanya sedap banget...hahahahaha

Unknown berkata...

Suka tengok resipi puan. Semalam hari jadi cucu saudara. Kami sekeluarga dihidangkan menu ini. Itulah puncanya saya mencari resipi mee ayam. Terima kasih. Saya minta izin berkongi resipi puan ini.

Unknown berkata...

The best mee ayam recipe! Suami dan anak suka sangat2 mee ayam ni, bermangkuk2 tambah. Kami menetap dia perantauan susah nak cari mee ayam macam ni yang sedap dan halal. Cepat dan mudah untuk dimasak. Terima kasih kerana berkongsi resepi!

KOLEKSI RESEPI