Khamis, 31 Disember 2009

PAU DAGING



Assalammualaikum wbkt.
.
Alhamdulillah...hari ini Aisyah happy sangat sebab Aisyah dapat buat kuih pau dengan jayanya...actually, nie la kali pertama Aisyah buat kuih pau sepanjang hidup, dan tak sangka ianya nice sangat, dan gebu tau. Aisyah teringin sangat nak makan kuih-muih macam karipap, pau goreng dan juga donat, tapi semuanya jenis goreng-goreng, tu yang takut sikit tu. Jadi, kali ini Aisyah nak try pau yang jenis kukus dan tak berminyak.
.
Terima kasih sangat kepada 'Keluarga Nuragha' yang telah menyumbangkan resepi ini. Nama asalnya adalah Bakpao daging. Orang di Indonesia atau orang cina memanggilnya sebagai Bakpao, tetapi orang Malaysia memanggilnya sebagai pau sahaja. Apa jua nama yang di panggil, kuih nya sama sahaja. Intinya Aisyah letak kari daging dan kentang juga sambal tumis ikan bilis yang ada dalam freezer Aisyah. Tentang inti nie, terpulang lah kepada citarasa masing-masing, sama ada nak letak inti kelapa gula merah, atau kacang merah, atau inti kari ayam atau serikaya.
.
Mula-mula tu, Aisyah takut juga nak buat kuih nie sebab takut tak reti nak balut adunan dengan inti. Tapi, Alhamdulillah, Aisyah dapati ianya sungguh mudah. Ambil adunan sebesar bola ping pong, kemudian leperkan ia dengan kayu bulat (macam nak buat karipap tu), kemudian isikan intinya sesudu, dan tutup pau dengan mencantumkan tepi-tepi kuih tu. Kemudian, bahagian yang kita cantumkan tu lekatkan dengan kertas minyak (supaya ianya tak melekat di pengukus) dan bahagian yang licin di letakkan di bahagian atas kuih pau. Amacam? boleh faham tak explanation Aisyah? Anyway, jangan takut nak cuba, sebab cara nak balut inti nie jauh lagi senang dari nak kelim kuih karipap. My daughter pun excited sangat tolong buat kuih ini. Adunan ini menghasilkan kira-kira 25 biji kuih pau saiz sederhana.
.
Bahan-Bahan
250gm tepung gandum
150gm tepung naik sendiri
11 gram yis (aisyah gunakan 1 sudu makan rata yis)
150gm gula pasir (Aisyah kurangkan gula nie)
150-180 ml air suam (Gunakan 150 ml air untuk bancuh dengan yis, kalau adunan tak sebati/ tak lekat baru tambah air sedikit demi sedikit)
50 gm mentega putih (shortening)- (Aisyah gunakan 1 sudu makan rata marjerin)
(Nota: Air tu mesti lah setakat boleh mengadun semua tepung. Kalau dengan gunakan air 160ml dah boleh melekatkan semua tepung, maka jgn tambah air lagi. Kalau terlebih air ianya akan jadi sticky dan susah untuk dicanai)
(
Cara-cara
- Tapiskan tepung gandum dengan tepung naik sendiri supaya tak berketul. Kemudian campurkan ia. Gaul rata.
- campur gula pasir, air suam dan yis di dalam mangkuk berasingan dan biarkan kira-kira 15-20 minit. Letakkan di tempat yang suam. (Nota: gunakan air suam yang agak panas, jangan gunakan air panas menggelegak/ terlampau panas. Letakkan yis tadi di tempat yang warm, supaya yis dapat bertindakbalas).
- Tuangkan adunan yis tadi ke dalam tepung, dan gaul rata hingga sebati. Terus mengadun dan menguli hingga doh menjadi licin. Ianya ambil masa kira-kira 10 minit. (Jangan tambah air lagi).
- Bulatkan adunan dan tutup dengan cling film/ plastik dan biarkan adunan di tempat warm selama 1 jam.
- Kemudian, uli adunan beserta 1 sudu mentega, dan uli rata-rata hingga adunan licin kira-kira 10 minit. Ambil secubit (saiz bola pingpong) dan leperkan, serta di letakkan inti kesukaan. Letakkan kertas minyak di bawah kuih supaya tak melekat di pengukus. Jangan kukus terlalu banyak dalam satu masa. Aisyah kukus kira-kira 5-6 biji dalam satu masa sebab kuih pau itu akan membesar sewaktu di kukus dan supaya cantik masaknya.
- Panaskan air pengukus hingga menggelegak. Jangan guna api besar - gunakan api sederhana. Balut tutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik di atas kuih pau. Kukus kuih pau selama 10 minit. Pastikan jangan terlebih masa mengukus.
Aisyah tak berkesempatan sekarang ini, insyaAllah di lain masa Aisyah akan kongsi resepi inti karipap/ inti pau yang Aisyah biasa buat.

1 ulasan:

ummi n hubby berkata...

sedapnye pau Aishah.. terliur na..
sejuk2 ni lapar aje kejenye..

KOLEKSI RESEPI