Ahad, 28 Februari 2010

HOMEMADE KENTUCKY FRIED CHICKEN








Assalammualaikum wbkt,
.
Aisyah rasa happy sangat hari ini sebab ayam goreng yang Aisyah buat Alhamdulillah - as per expected. Aisyah nak share resepi ini dengan kawan-kawan semua, maklumlah, sekarang pun ekonomi tak berapa baik, walau di US atau di Malaysia, semua negara affected dengan kelembapan ekonomi masa sekarang. Pengangguran bertambah dan economic growth pun sangat lah perlahannya. Di tambah pula beberapa syarikat gergasi automotif termasuk toyota kemungkinan di saman dengan banyaknya akibat beberapa orang telah mati kemalangan kerana kereta Toyota Prius yang di pandunya mengalami masalah brek. Itu belum lagi masuk kira banyak negara yang di landa bencana ekonomi dan juga bencana alam - seperti gempa di Chile, flood di Spain dan Portugal dan juga bermacam-macam bencana lagi. Jadi dalam keadaan ekonomi dan alam semula jadi yang tak menentu ini, marilah kita sama-sama berjimat cermat sebab kita tak tahu bila agaknya keadaan ekonomi akan pulih. Salah satunya adalah dengan mengamalkan tradisi "masak sendiri" daripada makan di luar. Sebabnya, bagi yang berkeluarga besar tentulah kena berbelanja besar kalau nak makan di luar. Untuk menjimatkan belanja dan juga menambat hati keluarga dengan menu yang menarik tanpa perlu berbelanja besar, apa kata kita cuba resepi KFC homemade ini.
.
Actually ini adalah kali ke 2 Aisyah goreng ayam ikut resepi ini. Resepi ini berasal dari seorang chef yang dah 20 tahun berkecimpung dalam bidang masakan. Nama asal resepi ini adalah "Buttermilk Fried Chicken" dan kalau anda pergi ke You-Tube dan taip "Buttermilk Fried Chicken", anda akan melihat cara step by step bagaimana ayam ini digoreng oleh Chef John. Ini adalah penting bagi mendapat pemahaman sebenar dengan menonton demo oleh chef yang famous ini.
.
Aisyah tengok resepi asalnya menggunakan tepung gandum semata-mata. Maka, Aisyah rasa, takut pula kalau tepung tu tak crispy- heheheh...nak macam rasa ala-ala KFC la kan, so Aisyah letak tepung beras agak banyak, dan di campurkan dengan sedikit tepung gandum. Akhirnya, ayam goreng tu mmg sedap dan menjadi, cuma tepungnya agak "terlalu crunchy". Walaupun dah di simpan semalaman, tetap juga crunchy...hahahahha...Tapi sebab Aisyah tak satisfy 100% dengan resepi tu, jadi Aisyah taknak la share dengan kawan-kawan, takut tak jadi pula. Jadi hari ini Aisyah cuba sekali lagi dengan menggunakan ratio yang tertentu untuk tepung gandum dan tepung beras, dan alhamdulillah, tepung goreng ayam nie rasa nice je, tak lembik dan tak keras, kiranya macam ala-ala KFC gitu.
.
Ok, mari kita tengok resepinya dan di bawah ini adalah resepi yang telah Aisyah ubahsuai ikut selera sendiri. Kalau kita tengok resepi ini, mungkin kita rasa cuak sikit nak cuba sebab kalau di Malaysia, mana la nak cari serbuk bawang putih dan serbuk bawang, paprika dan juga cayanne? Takpe, jangan bimbang. Actually, pada percubaan pertama Aisyah telah gunakan serbuk kari daging dan juga serbuk cili bagi menggantikan serbuk paprika dan cayenne itu. Tapi, kalau memang tak jumpa juga serbuk bawang putih dan serbuk bawang tu, boleh juga rasanya bawang putih dan bawang merah di tumbuk lumat-lumat dan digaulkan ke dalam adunan tepung. Semua bahan-bahan ini ada di jual di Tesco- harganya dalam 70 pence setiap satu. Tapi kalau nak jimat sikit, baik beli garlic granulate dan onion granulate/ powder je...sebab paprika dan cayanne tu di gunakan sedikit sahaja dan boleh di ganti dengan serbuk kari daging dan serbuk cili dalam simpanan anda. Bagi yang tak pernah jumpa apa benda la Buttermilk ini, boleh gantikan dengan yogurt perisa asli.
.
Disebabkan ayam tu di salut tepung, maka ia akan menjadi besar selepas di goreng. Sebenarnya saiz ayam tu biasa saja. In fact, kali ini Aisyah guna ayam yang skinless sebab nak jaga kesihatan sikit. Tapi kalau nak yang lagi real dan lagi "devil"- hehehehe, biarkan je kulit ayam tu- insyaAllah rasanya lagi power dan anak-anak pun tak teringin ajak mak dia pi KFC lagi...he he he..
.
Homemade KFC
.
Bahan-Bahan
8-10 ketul ayam (lagi best kalau kulit di biarkan- dibersihkan dan ditoskan)
1 sudu teh garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil paprika (boleh di gantikan dengan serbuk kari daging adabi)
1 sudu kecil mixed herbs (nie adalah dried herbs yang kita biasa letak atas pizza tu)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu kecil cayenne (kalau takde, ganti sahaja dengan serbuk cili)
2 cawan buttermilk (kalau takde, gantikan dengan yogurt perisa asli- dalam resepi ini Aisyah guna 285 ml buttermilk yang harganya 55 pence di Tesco)
.
Cara-cara
- Gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan (kecuali buttermilk) hingga sebati.
- Kemudian gaulkan dengan buttermilk rata-rata.
- Tutup dengan cling film dan simpan di dalam fridge selama sekurang-kurangnya 6 jam.
Nota: Disebabkan suhu sekarang agak sejuk, Aisyah letak saja di atas meja dan Aisyah perap semalaman.
.
Bahan-Bahan untuk Tepung
7 sudu makan penuh tepung gandum
3 sudu makan penuh tepung beras
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh paprika (boleh ganti dengan serbuk kari)
1/4 sudu teh cayanne (boleh ganti dengan serbuk cili)
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh garlic powder/ garlic granulate
1/2 sudu teh onion powder/ onion granulate
Nota: Aisyah ikut selera sendiri dengan menambahkan lagi 1/2 sudu teh serbuk kari daging dan 1/2 sudu teh serbuk cili.
.
Cara-cara
- Gaul rata-rata semua bahan
.
Cara menggoreng
- Panaskan minyak. Jangan guna api yang besar, gunakan api sederhana. Contohnya, kalau dapur Aisyah (Maximum api adalah 6, jadi Aisyah guna api saiz 4). In other words, guna api sederhana waktu menggoreng.
- Kalau nak tahu dah cukup panas atau belum, cuba masukkan senduk kayu ke dalam minyak, dan akan ada tiny bubble. Tu maksudnya dan cukup panas dan sedia untuk menggoreng ayam. One more, kena pastikan minyak tu banyak dan menutupi ayam. Baru boleh jadi macam KFC hehehhe.
- Ambil seketul ayam, dan gaulkan dengan tepung rata-rata. Aisyah suka gaul tebal sikit tepung tu nanti ayam jadi besar dan sedap. kemudian goreng dalam kuali hingga masak. Bila Ayam tu masak, warnanya memang coklat gelap. Tapi jangan bimbang, ayam tu bukan hangus, warna rempah tu menjadikan ianya berwarna coklat gelap. Goreng ayam kira-kira 10-15 minit. Bila dah nampak macam ayam tu berwarna coklat gelap, bermakna kira dah sesuai untuk diangkat. Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa, nanti susah nak balik-balikkan ayam. Aisyah goreng 5 ketul dalam satu masa.
- Angkat dan toskan selama 10 minit.
- Hasilnya adalah ayam yang crispy di luar tetapi lembut di dalam. Dan ianya tetap crispy walau sudah sejuk. Cuba lah!
.
Sedap di makan dengan nasi ayam, nasi putih atau dengan harsh brown dan potato wedges (ada di jual yang ready made di Tesco which will cost you about 80 pence each) dan juga ready made colleslaw (20 pence perpack).

4 ulasan:

E Normi E Ismail berkata...

lovely recipe will try!
thanks for sharing

EN

Aisyah berkata...

salam, Normi...actually i just tried Dixy chicken dan my hubby said that this buttermilk fried chicken is better than dixy chic...much much better!

Cyda Acme berkata...

salam ...
aishah aku add ko nyer blog dlm bolg list aku yek .. terliur plak tgk ayam kfc homemade nih .. bleh aku trylah nnt nih .. hu3

Tanpa Nama berkata...

Tq share.mcm nk try niaga la

KOLEKSI RESEPI