Rabu, 2 Jun 2010

SATE GORENG



Assalammualaikum wbkt,
.
Hari ini Aisyah nak share resepi sate goreng yang dah banyak kali di cuba tapi tak sempat lagi nak post di blog ini. Resepi ini asalnya jauh dari Brother Rozzan Shared Recipes yang menetap di Singapura, dan telah di cuba oleh Kak Hana @ Hana Memories yang tinggal di Jepun yang memberikan feedback positif. Jadi Aisyah pun cuba lah resepi ini utk majlis bbq yang lepas dan ramai yang menyukainya. Kali ini, Aisyah gunakan resepi sama untuk buat sate goreng. Resepi ini juga boleh di versatilekan ikut cita rasa anda, nak buat sate betul pun boleh, nak buat sate goreng pun boleh, nak buat ala-ala lauk rendang pun boleh. Resepinya mudah dan membuatnya juga cepat!
.
SATE GORENG
1 kilo paru/ayam/ daging/ apa-apa sahaja yang ada dalam simpanan anda
150 gram gula pasir
100 gram gula merah
100 gram madu
2 sudu kecil garam
3 sudu makan serbuk ketumbar - di sangai
2-3 sudu kecil serbuk jintan manis - di sangai
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
(Nota: Sebaik-baiknya bila kisar serbuk ketumbar dan jintan manis tu jangan sampai terlalu halus)
.
Bahan Kisar (tapi jangan sampai terlalu halus)
6 ulas bawang putih
1/2 ibujari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai- hiris nipis
1/2 jari kunyit hidup
.
Cara-cara
- Bersihkan ayam/ daging. Kalau guna paru, sila rebus paru hingga betul-betul lembut dan hiris sama saiz.
- Gaulkan dengan semua bahan yang lain. Sebatikan ia.
- Perap beberapa jam (semalaman lagi baik). Tapi Aisyah biasanya perap 2-3 jam je hehehehe
- Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam kuali hingga garing
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.
Nota: Aisyah gunakan cara yang ke 3, sebab lebih mudah, dan nak la jugak ada rasa ala-ala panggang gitu hehehehe.
.
KUAH KACANG
Bahan-Bahan Kisar
10-15 biji cili kering ( di cuci dan potong-potong). tak perlu rendam dalam air panas
1.5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
.
Bahan Lain
250 gram kacang tanah yang telah di goreng (di tumbuk agak kasar)
3 keping biskut digestive (di tumbuk halus)
3 cawan air
Minyak secukupnya
1-2 sudu gula merah
gula pasir secukupnya
garam secukupnya
sedikit air asam (optional) - Aisyah tak letak pun
.
Cara-cara
- Kisar semua bahan kisar dan masuk dalam periuk. Masak atas api besar hingga air mengering.
- Masukkan minyak dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan kacang, biskut, air dan gula merah dan tambahkan minyak lagi supaya kuah tak hangus. Kacau dengan kerap.
- Masak dengan api kecil hingga kuah kacang sebati dan naik minyak
- Perasakan gula dan garamnya
(Nota: Biasanya kuah kacang ni Aisyah suka yang agak manis, jadi ikutlah citarasa masing-masing untuk letakkan kuantiti gulanya).
Hidangkan dengan nasi impit, mentimun, dan juga bawang yang dihiris baji.

1 ulasan:

Halwafy berkata...

Salam Aishah. Saya cuba ni utk raya smlm. Semua org ckp sedap! Thanks ye sbb berkongsi resipi ni! :)

KOLEKSI RESEPI