Jumaat, 9 Julai 2010

DAGING MASAK MERAH











Pernah tak makan nasi goreng USA? Biasanya nasi goreng USA tu adalah combination nasi goreng + daging masak merah + telur goreng. Kalau nak makan dengan nasi putih pun boleh. Best juga sekali-sekali kita cuba menu ala thai utk pecah selera. Resepi ini datangnya dari blog sayasukamasak@wordpress.com.
.
Bahan-bahan
+ Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah
+ 2 labu bawang besar
+ 4-6 ulas bawang putih
+ 1 inci halia
+ 2 batang serai
+ 1-2 sudu makan cili kering kisar
+ air stok daging
+ 2-3 sudu makan sos tiram
+ 3-4 sudu makan sos tomato
+ 3-4 sudu makan sos cili
+ secubit asam jawa (aisyah tak letak asam jawa nie, sbb sos tomato dah rasa cukup masam)
+ garam secukup rasa
+ 2 biji cili merah – potong ikut suka hati.. kasar/memanjang /
+ 2 labu bawang besar- potong bulat
+ 5-6 helai daun limau – potong hiris
- Aisyah letakkankan 5-6 cili padi

Cara-cara
- Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, dan garing sedikit.
- Masukkan cili kering yang telah dikisar. Cili kering kisar ini telah direbus terlebih dahulu sebelum ia dikisar. Ini untuk mengurangkan pedas cili. Tumiskan cili sehingga pecah minyak.
-Masukkan air stok daging tadi ke dalam kuali, kacau dan biar ia masak sebentar.
- Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa. Kacau dan biar ia masak sebentar.
- Sekarang masukkan bawang besar yang dipotong bulat, cili potong dan daun limau yang dihiris kasar. Kacau rata dan biar ia masak sebentar.
- Bila kuah agak pekat sedikit, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Kacau rata daging itu sehingga sebati dengan kuah.

(Nota: Aisyah masukkan bawang merah last sekali beserta dengan daun limau purut, cili padi, dan sedikit sayuran (carrot yang dihiris batang mancis)
(Nota: frankly speaking Aisyah tak ikut resepi ini 100%, Aisyah main style campak-campak je dan letak sos etc ikut citrasa sendiri. Tapi Aisyah ikut resepi ini sebagai general guideline).

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI