Rabu, 3 November 2010

AYAM PANGGANG STYLE JORDAN




Assalammualaikum wbkt
.
Hari ini Aisyah nak share resepi ayam panggang style Jordan. Actually family Aisyah sangat lah gemar makan ayam panggang. Kadang-kadang Aisyah guna sos perapan Nandos yang pelbagai tu dan ada di jual di pasaraya...ada yang jenis sticky & sweet, tak pun yang hot style atau macam-macam lagi...sekiranya takde stock marinde Nandos, Aisyah akan gunakan apa-apa sahaja bahan yang ada di rumah ikut kreativiti sendiri (serbuk jintan manis, serbuk cili, serbuk garlic, serbuk ketumbar etc etc) ikut citarasa sendiri dan kadang kala Aisyah letak kan madu untuk mendapatkan rasa sedikit manis.
.
Ayam panggang ini sesuai untuk makan dengan nasi putih, dengan garlic bread, ataupun dengan nasi minyak, beriyani dan sebagainya. Kalau nak makan dengan garlic bread pun sedap, dan cara membuat garlic bread pun mudah sahaja. Beli roti baguette (roti perancis yang dah sedia di jual tu) dan sapu dengan garlic butter. Biasanya garlic butter nie Aisyah buat sendiri je dengan cara melumatkan 3-4 biji garlic dan campurkan dengan butter, sedikit dried parsley dan sedikit sahaja garam. Kemudian sapukan pada roti dan bakar dalam oven hingga butter cair dan roti agak garing. Garlic bread ini juga sedap di makan dengan mushroom soup. Resepi mushrom soup nie nanti insyaAllah di lain masa Aisyah kongsi resepinya. Mmg best makan mushroom soup yang buat sendiri daripada yang di beli dalam tin/ yang di jual di pizza hut tu, sbb bila buat sendiri kita gunakan mushroom yang segar dan rasanya lebih sedap.
.
Ok, kita balik semual kepada cerita ayam panggang nie. Ayam panggang style Jordan nie mudah sangat dan ianya sangat sedap..hehehe nie kes barang di rumah pun dah habis dan belum pi shopping lagi, jadi gunakan je apa yang ada di dapur. Resepi ini asalnya dari jiran belakang rumah Aisyah, iaitu kak Ros Aniza (dia nie masak apa pun mmg sedap tau!) yang mana mendapat resepi ini sewaktu beliau belajar di Jordan dulu. Aisyah lawankan ayam panggang ini dengan nasi minyak sempoi ...hahahah...nie mmg nak cepat, 15 minit semua kerja settle!
.
Sesuai juga jika gunakan baby chicken atau pun ayam yang agak besar.
.
Bahan-bahan (A)
1 ekor ayam (dibersihkan)
3-4 sudu makan tomato puree
1/2 sudu kecil lada hitam - di tumbuk halus
3 sudu makan gula
1 sudu makan madu
sedikit garam dan serbuk perasa
.
bahan-bahan tambahan
sesudu butter
1 biji bawang besar - di potong baji
2 biji lobak merah - di potong 4
1 biji kentang- di potong 4
.
Cara-caranya
- Panaskan oven pada suhu maksimum (220 darjah)
- gaul ayam dengan semua bahan A
- lengserkan butter di dalam dulang pembakar (roasting tray)
- letakkan ayam di dalam dulang pembakar, dan susun bawang besar, lobak merah dan kentang disekeliling ayam.
- cover roasting tray dengan aluminium foil
- bakar selama 45-50 minit
- keluarkan ayam dari oven dan buka aluminium foil. Sudukan air kuah ayam di dalam tray pembakar dan siram rata-rata atas ayam.
- masukkan semula ayam ke dalam oven (tanpa aluminium foil) dan teruskan membakar selama 15-20 minit (mengikut kegaringan yang di sukai).
.
Jangan lupa, sediakan salad (campuran iceberg lettuce, tomato dan cucumber) untuk juadah sampingan anda dengan ayam panggang ini. InsyaAllah keluarga pasti tertawan.
.
Ok selamat mencuba!
.
Nota: Tempoh membakar ayam ikut saiz ayam tersebut. Bisanya Aisyah bakar ayam kira-kira 1 jam-1 jam 10 minit. Kalau guna baby chicken, Aisyah guna dalam 55 minit- 1 jam je. Tapi jika guna ayam yang lebih besar, biasanya Aisyah tambahkan lagi 5-10 minit. Sekiranya tak pasti samaada ayam dah masak betul atau tidak, boleh cucuk dengan garfu di bahagian peha ayam, dan jika keluar 'clear water' insyaAllah ayam itu sudah masak. Untuk mendapatkan ayam yang masak hingga ke tulang tetapi masih moist dan juicy, cover ayam dengan aluminium foil kira-kira 3/4 dari masa pembakaran. dan baki 1/4 masa lagii kita bakar tanpa foil, jadi ayam itu sedikit kering dan cantik, tapi dagingnya tetap moist dan juicy. Air ayam yang keluar itu di siramkan ke atas ayam untuk memastikan daging ayam tidak kering dan keras.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI