Sumber: Internet
Assalammualaikum wbkt,
.
Ada banyak kisah-kisah yang bermanfaat yang Allah ceritakan dalam surah Al-Kahfi ini sebagai satu bentuk pengajaran dari pada sejarah kepada kita. Penceritaan-penceritaan semula ini adalah berguna untuk kita kerana kita dapat mengambil pengajaran dan mempelajari teladan atau sempadan dari kisah-kisah tersebut. Ada kisah tentang orang-orang yang baik (Ashabul kahfi) dan ada juga tentang kisah pemilik kebun yang sombong dan kita seharusnya menjadikan perkara-perkara tersebut sebagai satu bentuk iktibar dalam mana kita menjalani hidup kita. Ada banyak doa-doa orang-orang soleh dari kaum terdahulu yang kita sepatutnya manfaatkan kerana doa itu adalah satu senjata kepada orang mukmin.
.
Dalam meneruskan kisah dari surah Al-Kahfi ini, kali ini Aisyah nak berkongsi tentang kisah pemuda Al-kahfi yang di sebutkan oleh Allah di dalam Al-Qur'an. Semoga dengan mempelajari satu dua ayat dari Al-Qur'an ini mendatangkan manfaat kepada kita, dan memberikan harapan kepada kita agar kita sentiasa yakin dengan bantuan Allah, dan sentiasa percaya bahawa Allah akan memelihara kita, membantu kita dan kepada Allah sahajalah tempat kita memohon pertolongan. Kepada Allah kita bertaubat, kepada Allah kta bertawakkal dan kepada Allah kita akan kembali.
.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
.
(18:9) Apakah kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai raqim) itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?
.
Sebahagian ahli tafsir menghuraikan bahawa perkataan "raqim" itu adalah merujuk kepada anjing. Waulahualam. Sekiranya memang pemuda-pemuda gua itu bersembunyi di dalam gua bersama dengan mereka seekor anjing, maka perkara itu tidak perlu kita hairan kan, kerana mungkin syariat mereka adalah berbeza dengan syariat kita yang mana bukanlah suatu amalan biasa untuk kita membawa anjing bersama-sama dengan kita. Tetapi mungkin juga syariat mereka membenarkan atau tidak menyatakan bahawa air liur anjing itu najis etc. Namun begitu, adalah di benarkan untuk kita memelihara anjing bagi tujuan keselamatan, atau berburu atau untuk urusan-urusan lain yang penting, maka memelihara anjing dalam konteks itu tidaklah salah, cuma ianya bukan seuatu yag menjadi amalan masyarakat setempat di Malaysia (e.g. mungkin utk mengelakkan najis dan kuman dari anjing seperti yang di ajar dalam agama islam).
.
Ok, cuba kita lihat ayat tersebut di atas. Allah beritahu kita- adakah kamu kira kisah tentang pemuda gua itu adalah sebagai suatu kekuasaan kami yang menghairankan? Di dalam al-Qur'an ini sebenarnya ada banyak sangat kisah-kisah yang menunjukkan kekuasan Allah, yang mana kebiasaannya tidak sampai dek fikiran kita / logik akal kita bahawa perkara tersebut boleh berlaku, dan kisah pemuda gua ini adalah salah satu contoh tanda kekuasaaan Allah, yang mana ada banyak-banyak-banyak-banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang besar-besar yang boleh kita lihat.
.
Hakikatnya, Allah ingin memberitahu kita bahwa di dalam dunia ini tiada perkara yang mustahil. Dengan pertolongan Allah, dengan bantuan Allah, semua perkara yang mustahil boleh berlaku, semua bentuk keajaiban dengan kuasa Allah ia, boleh berlaku.
.
Di dalam surah al-kahfi juga di sebutkan dengan jelas bahawa mereka "tidur" di gua itu selama 309 tahun (ayat 25). Cuba kita fikir dengan logik akal kita, adakah logik ada orang yang boleh hidup dengan "tidur" di gua selama 309 tahun? Dan selepas mereka bangun dari tidur, mereka merasakan bahawa mereka baru sahaja tidur kira-kira sehari atau setengah hari, padahal hakikatnya sudah 309 tahun mereka di "tidurkan"olah Allah. Bayangkan, mereka tidak makan, tidak minum cuma "tidur" sahaja dan Allah membalik-balikkan tubuh mereka ke kiri dan ke kanan selama 309 tahun! Masya Allah, hebat Allah.
.
Mendengar cerita-cerita seperti ini sebenarnya memberikan harapan yang besar kepada kita yang mendengar, bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat kepada hambanya, sekiranya kita beriman. Cerita-cerita seperti ii menguatkan dan meneguhkan lagi pendirian kita bahawa Allah sahaja lah yang dapat membantu kita, dan Allah pasti akan melindungi kita, kerana bagi orang-orang yang beriman, hanya Allah lah tempat sebaik-baik untuk berlindung. Dan Allah yang maha Pengasih dan Pemurah, memelihara mereka, memberikan tempat yang terbaik, menjaga mereka, memuliakan mereka dan hingga pada hari ini, setelah ribuan tahun, kita dapat mempelajari sesuatu dari kisah pemuda gua ini.
.
Sekiranya kita applikasikan kisah ini kepada diri kita sendiri, tentulah hilang segala keresahan, kebimbangan dan gundah gulana yang kita rasai. Apatah tidak, semua perkara yang mustahil boleh berlaku dengan izin Allah, semuanya boleh berlaku dengan kuasa Allah yang maha agung.
.
Di dalam surah maryam misalnya, ada lagi bentuk-bentuk keajaiban dan kekuasaan Allah yang Allah hendak tunjukkan kepada kita (1) kisah bagaimana nabi Zakaria yang sudah sangat-sangat tua dan isterinya yang mandul boleh mendapat anak bernama Yahya (2) Kisah bagaimana Maryam seoran wanita yang terbaik "above all nations" seperti di sebut di dalam al-Qur'an, dia seorang wanita suci yang mengandungkan nabi isa, walhal dia tidak pernah di sentuh oleh mana-mana lelaki (3) kisah bagaimana nabi Isa boleh berkata-kata dan "defend" ibunya sewaktu dia masih bayi dan berada di dalam dukungan ibunya - semuanya ini adalah sebagai penawar kepada kita, bahawa Allah akan menolong kita dalam setiap urusan kita, walaupun kita rasakan bahawa perkara itu adalah mustahil, namun bagi Allah semuanya adalah mudah, semuanya adalah sangat-sangat mudah.
.
Dan bagi orang-orang yang bertawakkal, berbaik sangka kepada Allah dan mengharapkan bantuan Allah, maka Allah pun bersifat lembut kepada mereka dan memudahkan urusan mereka dengan sebaik-baiknya:
.
(18:10) (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini".
.
Doa pemuda gua ini adalah satu bentuk doa yang meyakini bahawa Allah lah yang memberi rahmat yang melimpah ruah, Allahlah yang memberi petunjuk jalan, Allah lah yang melepaskan dari masalah, Allah lah yang menyempurnakan dan memudahkan segala urusan dan segalanya kita serahkan kepada Allah supaya Allah mentakdirkan kita dengan sebaik-baiknya dan berbaik sangka dengan Allah yang maha mengetahui.
.
Doa ini sangat baik untuk kita mengamalkannya - kerana doa ini bukan di recommendkan oleh Aisyah, atau di syorkan oleh mana-mana orang berpengaruh dalam dunia ini, tetapi doa ini di galakan untuk kita membacanya oleh Allah yang Maha Kuasa- dan dia mengajarkannya di dalam Al-Qur'an sebagai petunjuk kepada kita hingga akhir zaman nanti. Dia mengajar kita, beginilah caranya kita sepatutnya berdoa - dan doa-doa al-Qur'an ini adalah makbul. Kenapa Aisyah kata doa ini makbul? Kerana Allah Taala sememangnya telah memberikan rahmat kepada mereka dan Allah Taala melepaskan mereka dari raja yang zalim itu dan membantu mereka dalam urusan mereka.
.
Doa ini "concentrated" kepada 2 bahagian penting iaitu "memohon agar Allah melimpahkan rahmat" dan "memudahkan dan menyempurnakan segala urusan". Amat menarik sekali doa ini, kerana kita memang memerlukan 2 perkara ini setiap masa. Bayangkan, dalam keadaan pemuda al-kahfi ini yang di teguhkan hati oleh Allah untuk bercakap benar di hadapan pemimpin mereka tentang keesaan Allah, tentu sahaja sangat merbahaya bagi mereka untuk keluar di jalanan, kerana mereka mungkin boleh di ancam bunuh pada zaman itu, kerena rajanya yang zalim. Dalam keadaan yang terdesak itu, yang menakutkan itu dan membahayakan itu, mereka berdoa agar rahmat Allah di limpah kan ke atas mereka dan semoga Allah memudahkan urusan mereka. Menarik sekali kerana doa ini sebenarnya adalah terpakai untuk semua manusia di dalam dunia ini, bukan hanya sesuai untuk sesetangah-sesetengah orang sahaja. Allah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana mengajar kita apakah yang sepatutnya kita minta dari padanya (walau hakikatnya tiada had untuk berdoa- boleh minta apa sahaja), namun doa ini tidak seharusnya kita abaikan.
.
Doa ini sangat sesuai untuk semua keadaan. Bagi yang hendak bersalin, bagi mereka yang sakit, bagi mereka yang mendapat masalah/ musibah, bagi mereka yang nak ambil periksa, bagi mereka yang sedang membuat keputusan nak kawin ke, nak bertunang ke, nak exam ke, nak hantar assignment ke, nak jumpa bos ke, nak interview ke, nak beli rumah baru ke, nak travel ke etc dalam semua keadaan ianya adalah sangat sesuai. Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan doa ini dan semoga Allah memberikan rahmat yang melimpah ruah kepada kita dan memudahkan/ melancarkan/ menyempurnakan segala urusan kita. Amin.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan