Assalammualaikum wbkt..
.
Malam tadi, sewaktu berbual dengan rakan-rakan, ada kawan Aisyah yang beritahu bahawa dia ada banyak stock pisang di rumahnya. Jadi dia masak cekodok pisang berulang-ulang kali hingga anak nya dah naik boring dengan resepi yang sama. Jadi hari ini, Aisyah nak share resepi kuih bakar pisang. Actually pisang ini boleh di pelbagaikan menunya. Kita boleh buat pengat pisang, lempeng pisang campur oat, atau buat lepat pisang dan bermacam-macam lagi. Kalau rasanya dah agak boring dgn cekodok pisang (yang agak kurang sihat sbb byk berminyak), apa kata kita cuba pula resepi mudah ini.
.
Sememangnya kuih-kuih bakar adalah sangat mudah di buat dan menjimatkan masa. Bahan-bahannya juga mudah di perolehi. Dapur kita juga tak kotor, dan semua bahan masukd alam blender dan terus bakar dalam oven. Walaupun resepinya mudah dan kosnya murah, insyaAllah rasanya digemari ramai.
.
Resepi ini asalnya dari Cikgu Zana dan telah di cuba oleh ramai orang. Aisyah ada buat modification sikit dan di bawah adalah resepi yang Aisyah guna. Hasilnya memang sedap dan lembut.
.
Bahan-Bahan
6 biji pisang (aisyah guna pisang yang di jual di tesco tu- tak tau apa namanya, tapi mmg bukan pisang emas- but ala-ala pisang montel/ berangan)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter
sedikit bijan (untuk di taburkan)
.
Cara-cara
- panaskan oven pada suhu 180 darjah
- sapu loyang dengan sedikit minyak masak dan masukkan sebentar dalam oven (utk loyang jadi panas)
- kisar semua bahan dengan blender
- keluarkan loyang dan tuang adunan dalam loyang
- taburkan bijan
- bakar semua selama 1 jam. Kalau nak kerak yang lebih banyak, tambahkan masa membakar ikut citarasa anda.
- biarkan sejuk dahulu sebelum di potong.
.
Nota: Aisyah guna loyang kaca empat segi saiz sederhana dan hasilnya agak rendah. Jika anda suka kuih yang agak tinggi, gunakan loyang agak kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan