Ahad, 9 Januari 2011

PUDING KASTAD JAGUNG



Assalammualaikum wbkt,
.
Semalam ada event bersama kaum wanita di rumah seorang jiran Aisyah iaitu Puan Rohaida, jadi Aisyah pun pening juga mulanya nak bawa menu apa...sebabnya Aisyah belum pi shopping barang rumah lagi, sebab biasanya pergi pada hari Ahad di mana suami free dan anak pun tak bersekolah, jadi barang yang ada di rumah sangat lah terhad. Mula-mula fikir nak buat puding karamel, tapi telur dah habis pula...then teringat nak buat serimuka, sebab stok pulut masih ada, tapi teringat lah pula yang kena letak juga telur dalam resepi tu...then fikir2 menu2 lain..kuih dadar, kuih talam, bebola roti, french toast...etc etc dan nampaknya semuanya kena gunakan telur. Hish, nampaknya semua jenis kuih tak menjadi. Aisyah terus tawakkal sahaja, ya Allah mudah-mudahan engkau bantu aku, beri idea pada aku apa kah menu yang aku nak buat ini. Tup-tup ternampak pula sweetcorn dalam tin dan macam ada magic teringat pula masa kemas drawer di dapur dua hari lepas Aisyah masih ada stock tepung kastad yang belum di gunakan. So apa lagi, nie lah projek hari ini iaitu puding kastad jagung. Rasa happy sangat sebab dah dapat solution, alhamdulillah.
.
Actually buat puding ini mudah sangat tau dan bahan-bahannya pun senang. Resepi puding jagung ini adalah milik F&N (myresepi) yang telah di cuba oleh ramai blogger-blogger masakan lain. Semuanya gembira dengan hasil yang di buat. Terima kasih kepada penyumpang resepi asal. Boleh lihat linknya di http://www.myresipi.com/top/detail/138 Puding ini sedap, dan tidak terlalu manis. Sangat sesuai untuk di buat time kenduri kendara atau mium petang. Lebih sedap jika di sejukkan :). Aisyah kongsi resepinya di sini sebagai rujukan kepada mereka yang berminat.
.
Bahan-Bahan
1 cawan tepung kastad (aisyah suggest gunakan brand bird custard)
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1.5 cawan susu cair (bermaksud 1 cawan + 1/2 cawan susu cair)
.
Cara-cara
- Masak 3 cawan air dalam kettle (cerek) hingga mendidih
- gaulkan tepung kastad dengan susu cair di dalam besen. Gaul rata hingga tidak berketul. Gunakan tangan untuk dissolve tepung dengan air hingga sebati dan tiada ketulan. Masukkan gula dan jagung manis dalam besen
- Hidupkan api. Gunakan api sederhana. Masukkan air yang telah mendidih dari cerek tadi (iaitu 3 cawan air tadi) ke dalam periuk dan letakkan periuk atas api.
- Gaul sekali lagi tepung + susu cair tadi (pastikan sebati). Kemudian tuang ke dalam periuk dan sentiasa kacau.
- Kacau kastard hingga jadi likat, berkilat dan macam ada letupan-letupan kecil.
- Tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan ia.
.
(Nota 1: Actually boleh saja gaulkan semua bahan dan masuk terus dalam periuk dan kacau hingga masak, tapi bila gunakan cara ini ianya makan masa yang sangat lama nak tunggu adunan tu mendidih dan manjadi likat. Jadi, ikut petua ibu Aisyah dia biasanya akan gunakan air mendidih, jadi tidak perlukan masa yang lama untuk memasaknya dan hasilnya juga licin dan cantik serta tidak berketul).

(Nota 2: Sekiranya anda nak letakkan puding ini di dalam bekas kaca, elok jika basahkan dulu bekas kaca dengan air masak, supaya mudah memotong nya, jadi bila memotong tu takde lah melekat ke etc yang mungkin boleh mencacatkan rupa bentuk puding ini)
.
(Nota 3: Sekiranya anda berhasrat untuk bawa ke majlis, Aisyah suggestkan agar anda gandakan adunan. Aisyah buat double dari adunan di atas dan dapat 1 loyang sederhana, dan just nice untuk di bawa ke rumah rakan. Kalau buat satu adunan rasanya terlalu sedikit, takut tak cukup ;) hehehe).

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanks Aisyah, very useful info ni yg saya nak tau, gandakan adunan sbb sy buat sll skt sgt tak bebaloi kacau lama2, hihihi

Unknown berkata...

Baru lepas mencuba resepi awk. Sedap dan mudah. Tq

Tanpa Nama berkata...

1.5 cawan susu cair?? 1.5 tu apa? 1 cawan kah?

KOLEKSI RESEPI