Jumaat, 16 Januari 2009

AYAM MASAK RENDANG SENANG



Aisyah asalnya tak tau nak letak nama apa, sebab lauk ayam nie senang sangat dan macam ala-ala “ungkep” bagi orang Jawa. Tapi rasanya macam rendang ayam pun ada juga. Nie adalah antara favourite dalam keluarga Aisyah dan memang Aisyah biasa masak. Resepi nie di beri oleh Kak Ayu Mazlan dan Aisyah dah cuba banyak kali dan ramai kawan-kawan Aisyah yang suka. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau pulut kuning ataupun nasi himpit. My daughter, Jannah suka sangat lauk nie sebab tak pedas dan kalau makan mesti bertambah-tambah.

Bahan-Bahan
7 ketul ayam
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3 hiris halia
1 batang serai (diketuk)
2 sudu cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Beberapa helai daun limau purut
Sedikit santan/susu segar
Minyak untuk menumis

(Nota: So far Aisyah memang guna susu segar untuk gantikan santan dalam masakan tak kira masak kari atau rendang, dan alhamdulillah rasanya sesuai dengan selera Aisyah dan keluarga, jadi terpulang lah kepada anda hendak guna santan atau susu segar. Kadang-kadang Aisyah guna juga susu segar yang “full cream”, heehehehe, konon nak diet!).


Cara-cara
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan bawang yang dikisar, cili kisar dan serbuk kunyit hingga naik minyak.
2. Masukkan serai dan ayam.
3. Masukkan sedikit air. Masak dan kacau-kacau sehingga ayam betul-betul masak.
4. Masukkan sedikit santan dan daun limau purut. Perasakan gula dan garamnya.
(Nota: terpulang lah sama ada nak buat style kering atau berkuah. Kalau nak yang agak berkuah, tambahkan lagi santan. Jika hendak yang jenis kering, santan tak perlu terlalu banyak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan