Jumaat, 16 Januari 2009

MEE HAILAM



Ini adalah antara menu keluarga Aisyah jika nak cepat tapi sedap dan meyelerakan. Tak susah nak masak, dan gunakan apa sahaja yang ada dalam peti sejuk. Yang penting baca selawat banyak-banyak waktu memasak dan gunakan tahap konsentrasi yang tinggi…hehehehe…insyaAllah, walaupun masak main agak-agak hasilnya menggembirakan…Lagi satu untuk masak mee yang berkuah seperti nie, hati-hati sikit bila masukkan air sebab kalau air terlampau banyak, kuah mee hailam akan jadi cair dan tak berapa best, jadi kalau air terkurang kita boleh tambah sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap kepekatan yang kita kehendaki…Here we go!


Bahan-Bahan
Bawang putih 3 ulas (diketuk dan dicincang kasar)
1 sudu cili kisar (boleh tambah lagi jika hendak pedas)
Air secukupnya
Sotong 6 ekor
Udang 6 ekor
Telur 2 biji
Lobak merah (di hiris)
1 biji tomato ( dihiris)
Daun sawi (di hiris)
Sedikit cendawan (di hiris)
Sedikit cili benggala (dihiris)
Kicap manis (Aisyah guna brand kipas udang)
Sos tiram
Sedikit kicap pekat (untuk warna hitam)
2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit minyak untuk menumis
Mee kuning secukupnya (dicuci dengan air panas dan dituskan)

Cara-caranya:

1. Tumiskan bawang putih yang dicincang dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, udang dan sotong, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Didihkan. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan air.
3. Masukkan garam, pecahkan telur ke dalam periuk dan kacau rata. Masukkan sayur-sayuran dan matikan api segera. Hidang dengan mee kuning.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan