Jumaat, 16 Januari 2009

SAMBAL UDANG






Resepi sambal nie pun tak terhad kepada sambal udang je, apa-apa pun jika nak buat sambal ikan bilis, atau sambal sotong, atau sambal kupang, resepi ini masih sama Cuma gantikan udang dengan apa-apa yang ada dalam stok anda.

Resepi asal Aisyah “kecek” dari seorang adik penjual nasi lemak di ibukota Kuala Lumpur. Hehehehe…teruk betul!. Aisyah punya perangai kalau makan di mana-mana dan rasanya sedap, Aisyah buat tak malu je tanya tukang masak tu resepinya. Nasib baik adik tu dengan murah hati cakap tipsnya dan menurutnya, kalau masak sambal nie nak kasi garing kena sampai 1 jam, dan api kecik je…heehehhe.

Tapi biasa lah kan, kita nak express, jadi insyaAllah walaupun guna api sederhana dan masak tak sampai 1 jam, rasanya tetap sama…. Resepi nie Aisyah ubah ikut citarasa keluarga Aisyah sendiri. Paling penting dalam buat sambal nie, tumis cili mestilah sehingga betul-betul garing. Minyak juga kena cukup agar garingnya rata. Banyakkan selawat ketika masak, insyaAllah masakan yang kita buat menjadi seperti yang kita harapkan.

Lagi satu, kicap kipas udang tu nak bagi warna sambal tu kehitam-hitaman skit, baru power. Kalau ikut citarasa Aisyah, Aisyah suka sambal yang agak manis, supaya kita tak rasa pedas sangat masa makan sambal tu sebab biasanya Aisyah suka masak sambal udang nie bersama dengan nasi lemak.



Bahan-Bahan
5 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
60 biji cili kering, di rendam dalam air panas hingga kembang dan ditapis
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa (di campur dengan sedikit air suam dan dijadikan pes yang pekat)
Sedikit kicap manis (Aisyah guna kicap manis kipas udang)
Air 1 cawan
Bawang besar 2 biji dihiris kasar
Udang di bersihkan
Minyak untuk menumis


Cara-caranya
1. Blender bawang putih, bawang merah, belacan dan cili kering.
2. Masukkan ke dalam kuali dan hidupkan api dan masak atas api hingga airnya kering
3. Bila air dah kering, masukkan minyak masak secukupnya.
4. Tumis sampai naik minyak berwarna kemerah-merahan (sehingga sambal betul-betul garing).
5. Masukkan 1 cawan air, sedikit kicap kipas udang (untuk menjadikan warnanya kehitam-hitaman) dan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan udang dan hirisan bawang besar.
7. Masukkan gula, garam dan perasa.

(Nota: Aisyah attachkan gambar sewaktu menumis sambal dan juga gambar sambal yang telah siap dimasak)

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI