Jumaat, 16 Januari 2009

SOTONG MASAK HITAM



Ada banyak version sotong masak hitam yang Aisyah pernah tengok. Sotong masak hitam ini memang menjadi favourite hubby dan my daughter. Alhamdulillah Aisyah dah try banyak kali dan mendapat pujian ramai walaupun sebenarnya cara memasaknya sangat la mudah, sampaikan satu biji bawang pun tak digunakan!...Hehehhee…sesuai untuk sesiapa pun yang nak masak makanan dengan cepat tapi meyelerakan.

Bahan-Bahan

10 ekor sotong saiz sederhana (dibersihkan, dibuang dakwat dan jangan di potong) dan dituskan untuk buang airnya.
Sedikit serbuk kunyit
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
3 sudu sos tomato atau sos cili
6 sudu makan minyak masak
Gula, garam dan perasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit. Masukkan ke dalam kuali yang sudah panas tadi.
2. Kacau sotong dalam kuali selama 30 saat. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Gaul rata dan biarkan masak. (Kalau Nampak kurang hitam, boleh tambah kicap sedikit lagi, bergantung kepada citarasa anda)
3. Perasakan gula dan garamnya.

Nota: Masak sotong jangan terlalu lama, kerana takut hilang manis sotong. Agak-agak dah masak terus diangkat. Gunakan api besar dan masak dengan cepat dalam resepi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan