Semua orang ingin rumah besar, selesa dan cantik. Mungkin saya overgeneralised tapi itulah jawapan yang biasa kita dengar dan telah juga dibuktikan melalui kajian-kajian terutama di negara barat.
Yang dah ada satu rumah, mesti berusaha nak tambah rumah yang ke 2, ke 3 ke 10 dan lain-lain. Baru ada improvement! Kalau dulu duduk rumah sewa, sekarang tentu berusaha beli rumah sendiri, kemudian bila pendapatan sudah semakin lumayan, boleh la pindah rumah lagi besar. Itulah sifat manusia dan saya pun begitu!
Takpun, buat renovation – pasang cornish, tiles, tambah bilik, besarkan dapur, tukar lampu, carpet mahal dari Belgium dan perhiasan-perhiasan lain termasuklah langsir yang berkualiti, pinggan mangkuk berjenama luar negara dan juga bertukar-tukar perabot untuk nampak sedap mata memandang.
Jangan bimbang, semua orang pasti akan ada dua rumah! Itu pasti. Miskin macammana sekalipun, mesti ada dua rumah juga. Satu rumah kita di dunia, dan satu lagi rumah kita “di bawah” sana (kubur).
Hmmm…kita suka hias rumah kita bagi cantik, nampak bersih, beli rumah lain supaya lebih luas, ada taman-taman, ada rumput menghijau, ada swimming pool, ada kolam ikan, ada jakuzzi etc etc…sibuk sangat hias rumah di dunia, kadang kala kita lupa nak hias rumah kita di bawah sana!
Macammana rumah ke 2 kita tu, yang mungkin kita akan duduk lagi lama berbanding dengan rumah kita di dunia ini. Kalau rumah di dunia nie mesti spec tinggi, ada autogate dan awning, ada cornish dan tiles, ada segala perhiasan yang cantik-cantik, ada lampu yang berfesyen-fesyen dan berbingkai-bingkai, tapi rumah ke 2 kita tu bagaimana? Takkan lah dibiar bergelap dan malap sahaja? Itu lah kan, manusia nie selalu lupa kan? Termasuk lah yang sedang menulis artikel nie pun sama!
Allah telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124 di tentang adanya “kehidupan yang sempit” iaitu azab kubur.
Tafsirnya: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan pertunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” Surah Taha; ayat 124
Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan ضنكا (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih. Telah disebutkan dalam kitab at-Tazkirah, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata: “Disempitkan kubur orang kafir itu sehingga tulang-tulang berselisih”. (At-Tazkirah: 151-152 & al-Qurtubi: 6/3307) (dipetik dari: Majlis Agama Islam Brunei).
Sama-sama lah kita memperingati diri kita dan sentiasa memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan dan hendaklah kita sentiasa berdoa agar kita dijauhkan dari azab kubur.

salam buat aishah dan keluarga,
BalasPadamrindu betul kak ayu tgk resepi2 dlm ni, esp nasi lemak sambal udang aishah yg kaw kaw tu..rajin betul aishah berblog dan share ilmu2 yg ada.bagus, bagus keep up a good work.i'll always be your fan .
Salam, Kak ayu..semoga akak sentiasa sihat di sana...wah bukan main seronok lagi dia makan kopok lekor sampai tak ingat orang sini...heheheh
BalasPadamtakde la apa sangat yang saya buat nie, cuma saja nak kongsi ilmu dengan diri sendiri dan kawan-kawan, sebab kadang-kadang bila dah masak-masak tu lupa pula resepinya macammana, jadi bila letak di blog nie senang nak buat rujukan sendiri..ok take care ye.