Jumaat, 20 Mac 2009

MEE REBUS TULANG STYLE JOHOR






Mee rebus adalah antara menu popular di negeri Johor. Biasanya, ada 2 version mee rebus yang Aisyah biasa makan. Kalau di Johor, mee rebusnya banyak menggunakan daging dan lemak daging untuk menyedapkan kuah, tapi di bahagian utara banyak menggunakan udang kering untuk membuat kuah.

Ada sesetengah tempat menggunakan tepung taburan yang di campurkan dengan udang kering untuk garnish mee rebus sewaktu menghidang. Tepung taburan udang kering ini ada yang version crispy dan bersaiz kecil dan ada juga yang minat dengan ala-ala cucur udang yang di campurkan dengan sedikit udang kering. Kedua-duanya sedap! Bergantung lah kepada cita rasa masing-masing. Telur rebus, bawang goreng, cili besar hijau, dan sedikit daun bawang dan daun sup, menambah selera mee rebus ini.

Kali ini Aisyah nak berkongsi mee rebus style Johor yang menggunakan daging/tulang untuk membuat kuah. Masak kuah mee rebus ini agak time consuming, jadi bagi sesiapa yang memang dah lapar, tidak digalakkan untuk memasak menu seperti ini. sesuai untuk di praktikkan bila ada masa lapang supaya dapat memasak dengan tenang. Walaupun mungkin nampak complicated, berdoalah banyak-banyak dan berselawat sewaktu memasak, supaya makanan yang di masak menjadi seperti yang kita inginkan.


MEE REBUS TULANG


KUAH MEE REBUS

1 kilogram tulang/ daging (tak kisah la tulang lembu atau daging) - di rebus hingga betul-betul lembut dan di potong kiub jika dagingnya agak besar. Airnya jangan dibuang.
1 biji bawang besar
6 biji bawang putih
2-3 biji kentang saiz sederhana- di hiris dan di rebus dan kemudiannya di blender (biasanya Aisyah gunakan keledek yang warna orange untuk memekatkan kuah, tapi sebab takde stok keledek, Aisyah guna je kentang dan alhamdulillah rasanya masih menjadi)
3-4 keping biskut digestive, di blender dengan sedikit air (biskut ini Aisyah gunakan untuk memekatkan kuah. Actually pakai biskut apa-apa pun boleh, macam biskut marie, atau pun biskut jagung. Jangan guna biskut coklat chips sudah la!)
3 sudu besar cili kisar yang telah di tumis hingga naik minyak
2.5 sudu makan serbuk kari daging Adabi (bancuh dengan sedkit air untuk di buat paste)
1.5-2 sudu makan udang kering (di kisar dengan sedikit air)
Minyak untuk menumis
Air untuk merebus tulang secukupnya


Cara-cara
1. Rebus tulang hingga betul-betul lembut.
2. Kisar bawang putih dan bawang merah, dan tumiskan hingga naik garing. Kemudian masukkan paste serbuk kari daging dan masak lagi hingga betul-betul garing dan naik minyak.
3. Masukkan tumisan bawang dan kari ke dalam periuk yang mengandungi tulang dan air rebusan tulang tadi. Kacau dan sebatikan ia.
4. Masukkan kentang yang telah di kisar sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan juga biskut digestive yang telah dikisar tadi. Masuk cili kisar yang telah di tumis, dan udang kering kisar. Kacau rata
5. Sekiranya kuah masih agak cair, buat adjustment dengan memasukkan beberapa keping biskut digestive yang di blender hingga mencapai tahap kepekatan yang diingini.
6. Masukkan gula, garam, dan perasa.



CUCUR UDANG KERING
3 sudu makan tepung naik sendiri
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu makan yis ( di bancuh dengan 1/2 cawan air suam dan di biarkan dalam 10-15 minit di tempat panas
1/2 biji bawang besar - di cincang
2 biji bawang putih
2 sudu makan udang kering- di kisar dengan sedikit air
sedikit daun ketumbar/ daun sup - di hiris halus
sedikit serbuk kunyit (untuk warna kuning)

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan termasuk yis yang telah di bancuh dengan air suam tadi. Gaul hingga sebati. Tambahkan air jika perlu, dan adunan mestilah macam kita hendak buat cucur. Masukkan garam dan perasa.
2. Biarkan adunan di tempat yang agak panas selama 1 jam, supaya yis tu boleh bertindak balas
3. Goreng dengan minyak penuh seperti menggoreng cucur. Hiris saiz kiub sebelum di hidang.


BAHAN-BAHAN LAIN
Mee kuning di celur dan di tuskan
Cili besar (hijau dan merah) di hiris halus
Telur rebus ( di hiris baji)
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
Limau kasturi (di potong 2) - optional.



Cara Menghidang
Masukkan mee ke dalam pinggan. Masukkan juga cucur udang kering. Masukkan kuah. Kemudiannya hiaskan dengan bahan-baan lain seperti telur, cili besar bawang goreng dan lain-lain.

Aisyah nak beri komen sedikit tentang perbezaan dari menggunakan keledek atau kentang untuk membuat kuah mee rebus. Pada pendapat Aisyah (setelah Aisyah mencuba kedua-duanya untuk membuat kuah mee rebus), Aisyah dapati dengan menggunakan kentang, rasanya lebih sedap dari menggunakan keledek. In my opinion, keledek tu rasanya manis, jadi macam tak berapa match sangat dengan kuah mee rebus tu yang di campurkan dengan kari. Tapi, kentang lebih match dengan kari, sebab tu kita biasa masukkan kentang ke dalam ayam masak kari, atau dalca atau apa-apa yang berasaskan kari, tetapikita tak pula masukkan keledek dalam kari daging kita! Anyway, terpulang lah kepada citarasa masing-masing. Kalau cuma ada kentang dirumah, tak perlu membazir untuk membeli keledek, gunakan stok apa yang ada insyaAllah takde la significant sangat perbezaannya.
One more, pernah tak ada stok biskut yang anak-anak makan tak habis, pastu macam dah nak lemau dalam tupperware, ...nak dibuang sayang pula, dan nak di makan jadi macam dah tak selera, jadi Aisyah sugestkan kita gunakan biskut ini untuk memekatkan kuah. tak kiralah bila kita masak mee bandung/ mee rebus atau apa-apa mee yang bersesuaian, ataupun masak kari ke, jika kita nak jenis kari daging yang agak pekat, kita boleh juga tumbuk halus/ blender biskut ini untuk memekatkan kuah. Jadi, ada juga manfaatnya. Tapi jangan pula kita masukkan biskut yang berkrim/berperisa coklat/ chocolate chip ke dalam lauk/ kuah, kalau tak jadi, jangan salahkan saya! hehehheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan