Jumaat, 8 Mei 2009

DAGING MASAK MAMAK


DAGING MASAK MAMAK
Sumber: Rosyanti Mahram

Lauk daging ini sesuai sangat dimakan dengan Nasi bukhari, nasi minyak, nasi beriyani atau nasi putih. Biasa di hidang time kenduri kawin di Johor. Terima kasih pada pemilik asal resepi yang sudi berkongsi resepi ini dengan kita semua. Aisyah ada buat sikit modification daripada resepi asal, ikut selera Aisyah sendiri.
...
Bahan
1 kg daging lembu/tulang/kambing (rebus hingga betul-betul lembut)- airnya jangan di buang.
2 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar jintan manis
...
Kisar
Halia 1/2 ibujari
6 ulas bawang putih
1.5 biji bawang besar, saiz sederhana)
Bahan-bahan lain
2 serai (dititik)
4 sudu sos tomato (adjust ikut citarasa)
2-3 sudu kicap manis (adjust ikut citarasa- kalau tengok belum hitam, masukkan lagi)
2 asam keping
1 kayu manis
2 bunga lawang
3 buah pelaga
2 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan bawang goreng - ditumbuk - untuk pekatkan kuah.
Sedikit daun ketumbar
1 biji bawang besar- dihiris kasar
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Masuk kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Masuk bahan kisar. Masak hingga naik minyak.
2. Masuk serai, serbuk cili dan jintan. Gaulkan sebentar.
3. Masukkan daging dan airnya sekali. Air jangan terlampau banyak. Sekadar menutupi daging.
4. Masukkan sos tomato, kicap dan asam keping. Masak hingga lauk sebati dan agak pekat. Tambahkan sos tomato dan kicap jika perlu ikut citarasa yang diingini.
5. Last sekali masukkan garam, perasa dan gula serta bawang goreng yang telah ditumbuk kasar tadi. Hiaskan dengan daun ketumbar waktu menghidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan