Jumaat, 8 Mei 2009

SAYUR GORENG


SAYUR GORENG
I am a Javanese, jadi masakan yang stir fry macam nie memang favourite. Aisyah suka sangat makan sayuran, sampaikan kalau makan sampai satu pinggan sayur pun ok je...maintain...heheheh..
...
Masak seperti ini cepat, sedap dan boleh dipelbagaikan. Makan panas-panas lagi best. Kadang-kadang Aisyah tukar kailan dengan celery stick, campur dengan cendawan pun sedap.
..
Bahan-Bahan
2 pokok sayur kailan/4 batang celery stick/apa-apa sayur yang ada dalam stock - dibersihkan dan dipotong- dituskan
5 cendawan - di potong
4 biji bawang putih (di potong halus)
1 sudu udang kering/ ikan bilis.
Sedikit minyak
...
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Masukkan bawang putih dan ikan bilis. Tumis hingga agak garing
3. Masukkan sayuran. Masukkan garam dan perasa. Gaul sebati. Angkat.
Tips: Jangan goreng sayur telalu lama nanti hilang khasiatnya dan tak rangup dimakan.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI