Selasa, 23 Jun 2009

SAMBAL GORENG JAWA STYLE


I am a Javanese and this is the food that I can't stay apart. Hahahaha. Tempe is not available here, thus I used whatever stuffs available in hand. One of the"'must have" menu to accompany nasi ambeng!
.
Sambal Goreng Jawa

.
Bahan-bahan
.
4 keping tauhu (di hiris lebih kurang 1 cm). Jangan terlampau tebal atau terlampau nipis
3 bij kentang saiz sederhana ( hiris 1 cm)
6-8 biji cili kering di gunting nipis dan di cuci dengan air paip (JANGAN RENDAM DENGAN AIR)- di tuskan.
4 biji bawang putih - hiris
1 biji bawang besar – hiris
½ cawan ikan bilis
Tauhu kering, suhun- direndam dengan air sampai kembang dan di gunting- tuskan ia
Minyak secukupnya
Kicap manis kipas udang secukupnya
½ cawan air- air jangan banyak, nanti cair tak best
3-4 sudu makan gula
Nota: ½ paket tempeh di perlukan dalam resepi ini, tapi sebab Aisyah takde tempeh, Aisyah tak letak dalam masakan ini.
.
Cara-cara
.
1. Goreng tauhu – light sahaja, agak-agak kasi dia tak pecah…warna perang sahaja terus angkat
2. Kentang digoreng- light sahaja, asalkan masak. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan ikan bilis. Masak hingga ikan bilis masak / agak garing. Masuk air. Biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan suhun dan tauhu kering. Masak sebentar supaya suhun lembut.
5. Masukkan kicap manis. Memang agak banyak kicap yang digunakan. Sehingga semua bahan bersalut kicap. Masukkan gula, dan kacau sebentar. Nanti akan ada macam bubble kecil-kecil. Kalau takde bubble tu maksudnya kurang gula/ kurang kicap. So, adjust lagi jika perlu. Nie untuk memastikan kuah kicap tu tak cair sangat.
6. Masukkan garam dan perasa. Rasakan ia.
7. Last sekali masukkan tauhu dan kentang yang telah di goreng tadi. Kacau rata sebentar dan tambah garam jika perlu. Perasakan masin dan manisnya. Garam jangan letak banyak2 sgt sebab kita dah guna kicap- so, kicap tu dah masin.
8. Bila dah masukkan tauhu dan kentang tu jangan kacau lama-lama sangat, asal dah sebati je dah cukup. Angkat dan hidang panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan