Fuh setelah berbulan tak update blog nie, baru la nie aisyah ada kesempatan sikit nak taip resepi yang dah di cuba. Actually blog nie macam diary juga, sebab nanti bila nak masak dah tercari-cari mana la resepi yang hari tu aku buat, dah hilang! Jadi kalau ada blog nie ada lah rujukan untuk diri sendiri sambil letak gambar, bagi hapenning sikit, di samping berkongsi resepi kepada yang berminat.
...
Kali ini aisyah nak share resepi bubur lambuk. Ada orang panggil bubur asyura. Ada yang kata, bubur nie di buat oleh Nabi Nuh sewaktu baginda berada dalam kapal di waktu banjir. Waulahualam. Tapi, ikut ceramah Dr. MAZA yang aisyah pernah dengar, kisah sejarah bubur lambuk nie tidak tepat. Mungkin juga ada logiknya sebabnya tak pernah dengar pula hadis tentang bubur lambuk/ bubur asyura ini. Dan makanan ini terkenal di kalangan orang melayu je, dan tak tahu la sama ada nie satu dogengan orang Melayu ke apa.
.
Tak pe, kita tinggalkan dulu bab tu. Berbalik kita pasal bubur lambuk nie, resepi kali nie diberi oleh Kak Ros Aniza Mohd Shariff, yang memang pandai memasak dan buat kuih-muih. Sedap sangat bubur lambuk nie tau, dan mudah juga membuatnya. Syukur sebab first time buat, terus menjadi. Jadi, bagi yang teringin nak makan bubur lambuk yang enak dan mudah, boleh lah cuba resepi ini, insyaAllah sesuai dengan selera kita. Lebih-lebih lagi kita pun dah hampir ke bulan ramadhan, jadi boleh la di jadikan santapan berbuka puasa!. Bubur lambuk ini biasanya aisyah suka makan dengan sambal tumis ikan bilis, atau dengan sambal udang/sotong.
.
Bahan-Bahan
.
2 cawan beras wangi (aisyah guna cawan buat minum tu sebagai pengukur)
1 batang serai (di ketuk)
1 biji bawang besar (saiz besar penumbuk la lebih kurang)
3 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
2 sudu makan (gunung) serbuk rempah sup (aisyah guna brand adabi)- di campur dengan sedikit air dan di buat pes
1 sup bunjut
Air secukupnya
1 cawan santan - aisyah tukar dengan 1 cawan fresh milk dan alhamdulillah rasanya sama
Daging secukupnya (rebus terlebih dahulu dan potong kecil)- aisyah letak dalam 1/2 mangkuk daging
Ayam secukupnya (di potong kecil)- aisyah guna 4 ketul potongan ayam.
Sayur campur (carrot, kacang peas, corn)- 1/2 mangkuk saiz sederhana
Minyak secukupnya untuk menumis.
Untuk hiasan- bawang goreng dan daun sup
.
Cara-cara
1. Cuci beras hingga bersih. Gunakan periuk yang besar sebab nanti nasi ini akan mengembang. Rebus beras dengan air yang banyak. Biarkan mengembang dan beras pecah sepenuhnya. Tambahkan air dari masa ke semasa hingga nasi mengembang dan tidak berketul.
.
2. Sementara menunggu beras kembang, kisar bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan rempah sup yang dah di buat pes tadi, dan tumis lagi hingga naik minyak. Ketepikan.
.
3. Bila bubur dah kembang, masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam bubur, beserta serai, dan sup bunjut, daging dan ayam yang di hiris kecil. Masak hingga sebati dan ayam masak sepenuhnya.
.
4. Akhir sekali, masukkan santan/ fresh milk dan sayur campur, dan biarkan sebati lebih kurang 10-15 minit. Perasakan ia.
.
5. Hidang panas-panas. Bila dah masak, keluarkan sup bunjut tadi dan buangkan ia, takut sup bunjut terpecah dalam bubur, rosak bubur lambuk tu nanti hehehe. Hidangkan dengan bawang goreng dan daun sup. Yummy!
salam Aisyah
BalasPadamgonna try this as well
thanks for sharing!
Normi
(durhamroses.blogspot.com)