Selasa, 4 Ogos 2009

IKAN SALMON KUKUS





Sejak kebelakangan ini Aisyah suka makan masakan agak sihat- maksudnya kurang berminyak. Resepi asal dari seorang chef- dan diwar-warkan oleh Mat Gebu (available di Myresepi) dan Aisyah ada buat sikit perubahan ikut citarasa Aisyah. Rasa ikan kukus ini ada masam-masam sikit menjadikan ianya tak muak di makan. Aisyah gunakan ikan salmon, dan Aisyah juga pernah cuba menggunakan ikan kelah untuk resepi ini. Hasilnya alhamdulillah memuaskan. Boleh juga gunakan ikan merah/siakap untuk resepi ini.
.
Bahan-Bahan
2 kelar ikan saiz besar- dibersihkan
2 serai - hiris halus
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil tepung gandum
3 biji bawang putih- cincang halus
1/2 ibu jari halia- cincang halus
1 biji limau nipis- ambil airnya
Sedikit sos sotong
3-5 biji cili padi
1/2 kiub pati ayam maggi
1/2 carrot- hiris memanjang
1/2 cawan air- untuk kuah
1/2 sudu kecil gula
garam dan perasa.
.
Cara-caranya
- panaskan kukusan hingga airnya menggelegak
- masukkan semua bahan di atas ke dalam besen steel/ mangkuk besar, dan kukus anggaran 30-40 minit.
Sedap dimakan dengan nasi panas.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI