Isnin, 17 Ogos 2009

KEK PISANG





Resepi kek pisang yang simple, moist dan sedap dimakan waktu minum petang. Resepi ini di sumbangkan oleh jiran Aisyah, Siti Aisyah Abu Bakar.

Bahan-Bahan
4 biji pisang (Aisyah suka kalau guna pisang yang dah masak sangat-sangat- jadi rasanya manis)
1.75 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 sudu teh soda bicarbonate
secubit garam
Cara-cara
- pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan pisang yang telah dihancurkan terlebih dahulu.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul dengan sudip kayu besarta soda bicarbonae dan garam.
- akhir sekali masukkan minyak masak. Gaul sebati dan bakar dengan suhu 120-150 darjah hingga masak.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI