Isnin, 10 Ogos 2009

KERABU PERUT




Kerabu perut ni memang salah satu favourite Aisyah. Walaupun main campak-campak je, namun rasanya tetap best. Yang penting kena confident dan masukkan je ikut citarasa masing-masing dan apa yang ada dalam simpanan. Actually bila Aisyah buat kerabu perut, Aisyah akan masukkan taugeh, cuma dalam resepi ini Aisyah tak letak taugeh sebab tiada dalam simpanan. Nie Aisyah catatkan general guideline, jadi boleh ubah ikut citarasa masing-masing. Kalau nak masam lagi, tambahkan limau nipis, kalau nak pedas sikit tambahkan lagi cili padi, hingga la ikut citarasa yang dikhendaki. Masa kita nak rebus perut tu memang la ambil masa sikit. Aisyah biasanya tukar air 2 kali sewaktu merebus perut itu supaya ianya benar-benar bersih.
.
Bahan-bahan
1 besen kecil perut lembu - yang dah di hiris nipis dan di rebus lembut
kacang panjang secukupnya- dihiris halus
taugeh secukupnya- di cuci dan di bersihkan
1 bawang besar- hiris halus
4-8 biji cili padi- dihiris halus
2 biji limau nipis- ambil airnya
1 biji tomato- hiris
Sedikit daun ketumbar dan daun kesum- dihiris halus} optional
.
Bahan untuk ditumbuk
3 sudu kerisik
2 batang serai- hiris halus
2 sudu udang kering- dicuci
1/2 bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1/4 ibujari halia
.
Cara-cara
-Tumbuk semua bahan yang berkenaan hingga 3/4 hancur.
-Gaulkan dengan perut yang telah dihiris.
- gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis
-Perasakan ia

2 ulasan:

  1. mmm sedap nampak... rajin kau masak yea...

    BalasPadam
  2. masak suka-suka je as...ni la hobi aku bila tgh keboringan.

    BalasPadam