Hari ini, Aisyah nak share satu hadis yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri dan kepada yang berminat, dalam mana kita hendak memperbaiki kehidupan seharian kita;
.
Dari Abdullah bin Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya:
.
"Orang muslim itu ialah orang yang sentosa semua orang Islam dari bencana lidah dan tangannya. Dan orang muhajir, ialah orang yang pindah (meninggalkan) segala larangan Allah".
.
Nota: Maksud muhajir di sini adalah berpindah dari kejahatan dan kebaikan.
Hadis Sahih Bukhari (1; 8).
.
Hadis di atas menekankan dua perkara penting iaitu, menjaga mulut - jangan sampai menyakiti orang lain, dan juga menjaga tangan- kekuasaaan, perbuatan etc yang boleh menggangu orang lain.
.
Kenapa agaknya hadis ini penting?
Kerana Allah Taa'la yang maha mengetahui, lebih arif bahawa susahnya nak menjaga mulut dan perbuatan/ kelakuan- jadi di berinya peringatan supaya kita sentiasa aware dengan apa yang kita hendak perkatakan, ataupun apa juga yang hendak kita perbuat.
.
Dan juga kerana impact dari lidah dan tangan ini adalah sangat besar, jadi Allah yang maha pengasih dan penyayang mengingatkan kita agar kita menjaga perkataan dan perbuatan kita sebaik boleh.
.
Lidah dan tangan (perkataan dan perbuatan); kedua-duanya boleh menjerumuskan kita sama ada ke syurga atau ke neraka. Dan kita lah yang membuat pemilihannya- mana satu yang terbaik untuk diri kita.
.
Allah dah beri lidah dan anggota, kalau kita nakkan syurga - ada jalannya. Gunakan untuk beri salam, untuk cakap perkara-perkara baik, bersilaturrahim, untuk berzikir, untuk baca qur'an, untuk berkongsi ilmu pengetahuan, belajar, bekerja, menguruskan rumah tangga etc.
.
Tapi kalau kita memang jenis keras kepala dan tak takutkan neraka Allah- boleh juga kita gunakan lidah untuk mengumpat, mencaci, menghina, merendah-rendahkan orang lain - macamlah diri sendiri tu best sangat, memfitnah, jadi batu api, dan sebagainya.
.
Hmm.....cakap memang senang kan, tapi nak buat tu pun susah. Ada hadis lain yang menekankan bahawa "Syurga itu merindui 4 golongan - dan salah satunya adalah orang yang menjaga mulutnya". Dalam hadis lain, "Diam lebih baik dari bercakap perkara-perkara yang tak baik".
.
Hmm..nampaknya menjaga mulut tu memang susah ye, sebab itu lah Allah tekankan perkara ini dalam beberapa hadis. Mari kita buat check and balance lepas ini. Ingat, mulai sekarang, fikir dulu kalau nak cakap! Sebab apa, bila dah terlepas cakap memang tak boleh tarik balik dan perkataan kita itu jadi milik orang lain selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan