Ahad, 23 Ogos 2009

PULUT SERAWA DURIAN




Sesuai juga di jadikan pencuci mulut di bulan puasa ini.
.
Untuk Pulut
- masak 2 cawan pulut dengan 2 cawan santan cair, beserta secubit garam di dalam rice cooker hingga masak. Sejukkan ia.
.
Untuk Kuah Serawa Durian (sumber dari : Almari Resepi)
- 4 ulas isi durian
-2 sudu gula merah
-2 sudu gula putih
-1 cawan santan pekat (Aisyah tukar dengan susu cair)
-2 cawan air
.
Cara-cara
- Rebus durian tu dgn 2 cawan air hingga durian menjadi kembang. Kemudian masukkan santan pekat, gula merah & gula putih. Kacau sehingga sebati dan pekat.
.
Nota: Biasanya serawa durian Aisyah warnanya agak kecoklatan. Tapi, hubby request agar diletakkan daun pandan kerana dia gemar dengan bau daun pandan. Jadi Aisyah blend daun pandan dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah serawa durian dan titiskan dengan sedikit pewarna hijau, dan warnanya menjadi agak kehijauan.

1 ulasan: