Ahad, 13 Disember 2009

MY HAJJ JOURNEY PART I

Assalammualaikum wbkt,
.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Aisyah telah selamat pulang dari menunaikan ibadah haji bersama suami pada tahun ini (2009). Sepanjang 17 hari perjalanan Aisyah ke Madinah dan seterusnya ke Mekah, banyak perkara yang Aisyah lihat dan pelajari. Pengalaman ini sangat bermakna pada Aisyah kerana ibadah haji itu sendiri banyak keistimewaannya, dan tempat-tempat yang Aisyah pergi juga adalah tempat-tempat suci orang Islam (e.g. Masjid Nabawi dan masjidil Haram) yang mana roh (semangat) beribadat di sana, sangat berbeza dengan tempat-tempat lain.
.
Kenapa agaknya kita kena buat haji ke Mekah? Kenapa Kaabah itu di Mekah? Tidak di Paris, London, Australia, atau di Edinburgh? Atau di mana-mana lagi negeri di Europe yang cantik-cantik ataupun di negara yang mempunyai udara yang segar lagi nyaman? Waulahualam. Hanya Allah yang mengetahui jawapannya. Mungkin ada kajian yang membuktikan Mekah itu pusat dunia secara saintifik, maka daya magnetiknya lebih bagus dan menjadikan orang-orang disekitarnya menjadi lebih sihat etc, seperti mana maklumat yang terdapat di internet dan sebagainya. Tapi jawapan yang paling tepat itu hanya Allah yang tahu.
.
Sewaktu Aisyah sampai di Madinah dan Mekah, Aisyah lihat tiada apa yang menarik di bumi tandus ini melainkan nilai yang tinggi yang ada pada Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Padang pasir ini langsung tidak mesra alam. Cuacanya panas dan berdebu, bukit-bukaunya adalah timbunan batu-batuan, udaranya menyesakkan nafas dan anginnya menghembuskan pasir-pasir yang memerlukan kita menutup hidung.
.
Bumi barakah ini langsung tidak sama dengan bumi Edinburgh yang sungguh hijau mata memandang, penuh dengan bunga-bungaan yang pelbagai warna dan rupa, gunung-gunung yang kehijauan, dari jauh pemandangan sungguh mengasyikkan, air tasik yang menenangkan, pemandangan laut yang mempersonakan, tapi segalanya ini tidak ada di Mekah. Tipulah, kalau ada orang yang kata suka duduk di Mekah kerana alam sekitarnya, kerana yang ada hanyalah pasir dan batu di tanah yang kering kontang. Tetapi ramai yang mungkin sanggup berhabisan wang untuk sampai ke sana kerana nilai tinggi yang ada pada Baitullah dan Masjidil haram.
.
Allah Taala, yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, telah memilih tanah ini sebagai tanah yang diberkati, yang terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda arah solat bagi orang Islam. Tapi kenapa bumi ini yang terpilih?
.
Kalau lah Kaabah itu letaknya di Venice, Aisyah rasa ratusan juta orang Islam akan ke sana setiap tahun dan tujuannya bukan lagi untuk beribadah, tapi untuk menikmati kecantikkan alam, ataupun dengan tujuan nak ambil gambar buat kenangan, atau untuk honeymoon dan sebagainya. Tapi, Allah yang Maha Besar telah memilih Mekah, bumi yang tandus ini sebagai tempat terpilih yang istimewa untuk mentarbiah manusia melalui ibadah haji yang di wajibkan ke atas umat Islam. Bagaimana proses tarbiah itu nak berlaku, jika tempat mentarbiahnya penuh dengan kesenangan, udaranya nyaman, pengangkutannya effektif, pemandangannya menarik dan suasannya mempersonakan? Dengan adegan-adegan (ujian-ujian) yang getir, hanya Allah lah sebaik-baik pelindung. Maka, padang pasir ini memiliki daya konsentrasi dalam beribadat yang tinggi kerana tidak di sibukkan dengan nak melihat gunung, atau tasik, atau zoo, atau bunga-bungaan; kerana semuanya tiada di situ.
.
Untuk mentarbiah manusia ini (yang keras hati, penuh sifat mazmumah yang keji), perlukan kem motivasi atau kem akhlak yang intensif dan kondusif. Maka, tentulah Mekah itu tempat yang paling ideal, untuk menjadikan manusia angkuh rasa rendah diri, untuk menjadikan manusia tamak kepada bersyukur, untuk menjadikan manusia rasa dirinya kecil, tapi Allah maha besar lagi maha berkuasa. Maka, 17 hari mengadirkan diri di kem Tarbiah Allah ini bukan pengalaman biasa kerana ianya telah di 'design' oleh Penguasa sekalian alam. Aisyah rasa bersyukur kerana telah terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Semoga amalan haji Aisyah dan suami diterima oleh Allah swt.

4 ulasan:

E Normi E Ismail berkata...

Salam Aisyah,
Alhamdulillah perjalanan haji sudah selesai..syukur semuanya bjln lancar!
Rupanya ini blog Aisyah/Ustz Halil?

Salam
Normi.

ummunashwa berkata...

Ya, ni la blog kak Aisyah, Normi. Blog abang halil yang lagi satu tu-Mendaki Jannah..(tgk link di web Kak Aisyah)

Dear Kak Aisyah,
Can't wait to read the next part of your great journey!
-Ina-

Sofinee Harun berkata...

Salam aisyah...

alhamdulillah....baru jumpa blog aisyah..

akak sofinee

Aisyah berkata...

Assalammualaikum Normi, Adlina dan Kak Finie. Welcome to my humble space. Semoga Bermanfaat.

KOLEKSI RESEPI