Ahad, 27 Disember 2009

OTAK-OTAK SARDIN



Di negeri Johor, otak-otak memang terkenal sebagai snack di waktu petang. Sedap dimakan dengan nasi panas atau di makan dengan nasi goreng. Aisyah ternampak resepi ini dan teruja untuk mencubanya. Resepi asal adalah dari dari Kak Fida di Myresepi.
.
Aisyah cadangkan supaya apabila nak membakar otak-otak ini hendaklah di letakkan dalam kuantiti yang kecil ke dalam mangkuk daun pisang, supaya ianya lebih garing dan enak. Di sebabkan Aisyah takde stock daun pisang yang banyak, jadi Aisyah balut ala-ala style lepat dan terus bakar dalam oven. Jadi, ianya tidak bebitu garing seperti otak-otak di malaysia kerana tak kena direct heat dari api oven. Hahahahahah...tak kisah lah walaupun otak-otak kali ini tak garing, yang penting suami dan anak Aisyah suka sangat makan otak-otak ini sebagai lauk sampingan dengan nasi goreng atau dengan roti.
.
Bahan-bahan
1 tin besar sardin (425gram) - di lecek dengan sosnya sekali
10-15 tangkai cili kering* - di cuci dan potong pendek (Nota: tak perlu rendam air panas)
10-12 ulas bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 hiris halia*
3 batang serai*
4 biji buah keras* (Aisyah tak letak, sebab tak ada dalam stock)
2 biji telur
1/2 cawan santan pekat
5-6 helai daun limau purut- di hiris halus
1 sudu besar air limau kasturi
garam dan gula secukupnya
minyak masak untuk menumis
daun pisang secukupnya - di buat bentuk cawan (seperi cawan untuk buat kuih tepung pelita/ tako)
.
Cara-cara
- Daun pisang di bentuk menjadi cawan kecil (seperti cawan untuk buat kuih tepung pelita)
- kisar bahan-bahan bertanda (*). Tumis dengan minyak hingga wangi. Kemudian masukkan semua bahan lain seperti sardin, daun limau purut, santan dan lain-lain.
- Masak hingga adunan menjadi agak pekat supaya otak-otak tu tak lembik.
- Masukkan ke dalam cawan yang dibuat dari daun pisang tadi, dan bakar dalam oven selama 15 minit pada suhi 160 darjah celcius. (Nota: Adjust tahap kegaringan yang disukai ikut selera masing-masing)

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI