Ahad, 27 Disember 2009

YOGURT FRITTERS



Assalammualaikum wbkt,
.
Aisyah pernah makan cucur yogurt ini di majlis Ladies Night yang diadakan baru-baru ini. Ianya di buat oleh seorang wanita Iran yang Aisyah tak ketahui namanya. Apa-apa pun, yogurt fritters ini rasanya sedap tau, lembut (teksturnya lebih lembut dari donat) dan tiada rasa masam- walaupun yogurt digunakan dalam resepi ini. Sesuai untuk juadah minum petang bagi mempelbagaikan variasi hidangan di meja.
.
Terima kasih kepada wanita misteri dari Iran yang Aisyah tak ketahui namanya kerana telah sudi berkongsi resepi ini.
.
Bahan-Bahan
1 gelas tepung naik sendiri
1/2 gelas yogurt (perisa asli)
2 biji telur
Minyak masa secukupnya untuk menggoreng
.
Cara-Cara
- Pukul telur dengan garfu hingga kembang. Gaulkan dengan semua bahan.
- goreng dengan minyak penuh hingga kekuningan
- angkat dan gaulkan dengan air gula yang dimasak hingga pekat/ gula caster/ gula aising

Tiada ulasan:

Catat Ulasan