Ahad, 7 Mac 2010

PISANG GORENG BERBIJAN

Assalammualaikum wbkt. Bagi sesiapa yang tercari-cari resepi tepung goreng pisang yang rangup walaupun dah sejuk, insyaAllah resepi ini boleh anda cuba. Aisyah dapat resepi ini dari blog kak Diana (koleksi resepi pilihan Diana) yang telah di cuba oleh ramai orang dan mereka kesemuanya memberikan feedback yang positif. Terima kasih kepada Kak D yang sudi berkongsi resepi ini dengan kita semua. Aisyah ada buat sedikit modification dengan menambahkan sedikit minyak masak dan bijan untuk memberikan rasa lemak pada pisang goreng tersebut. Aroma dari bijan itu menjadikan bau goreng pisang ini sedap tau. Kunyit pula untuk mencantikkan lagi warnanya, dan sedikit minyak masak itu pula adalah salah satu petua untuk merangupkan lagi tepung bancuhan. Tapi itu optional sahaja, kalau taknak letak pun boleh.
.
Ikut dari petua kak D yang diperolehi dari penjual gorang pisang, beberapa ketul kiub ais dimasukkan ke dalam bancuhan tepung tersebut. Tapi, Aisyah tak letak pun sebab takde ais kiub. hehehe. Anyway, insyaAllah itu bukan hal besar, insyaAllah hasilnya tetap memuaskan. Aisyah pernah bertanya dengan seorang kakak penjual goreng pisang di taman perumahan Aisyah, dia beritahu yang kalau nak pisang goreng kita cantik dan rata tepungnya, blender tepung bancuhan tersebut supaya tak berketul, insyaAllah waktu kita goreng tu rata je menyaluti pisang goreng kita.
.
Kalau gunakan pisang yang masak, rasa pisang itu dah cukup manis dan tak perlu di cecah dengan apa-apa. Orang kata 'enak walau di makan begitu saja'. Tapi kalau gunakan pisang yang agak muda, orang Johor biasanya cicah dengan sambal kicap yang mudah sangat membuatnya. Apa-apa pun, ianya terserah pada citarasa masing-masing. Tepung bancuhan ini juga sesuai untuk menggoreg sukun, keledek, cempedak dan lain-lain lagi. Jom kita tengok resepinya ok:
.
PISANG GORENG STYLE JINTAN MANIS
.
Bahan-Bahan
75gram tepung naik sendiri

60gm tepung beras

1 sudu makan tepung jagung

sedikit serbuk kunyit

2 sudu makan gula (rata) - optional

1/2 sudu makan minyak masak - optional

1/2 sudu makan bijan - optional

Air secukupnya
.
Cara-cara
- Gaulkan semua bahan (kecuali bijan), dan kacau rata hingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair atau terlampau pekat. Asal boleh menyalut belakang sudu, so insyaAllah ok lah tu. Gaul hingga sebati.

- Akhir sekali masukkan bijan dan gaul rata. Siap untuk digunakan.
(Nota: Goreng ikut selera anda, kalau nak yang crunchy goreng agak lama sikit hingga agak kecoklatan).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hurm, resepi ni xpyh pakai tepung gandum ek? garam ke?

KOLEKSI RESEPI