“Kota Konstantinopal akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]
Assalammualaikum wbkt,
Hadis di atas menjadi motivasi dan pembakar semangat bagi pemimpin-pemimpin Islam lampau untuk menakluk Kota Konstantinopal (Istanbul). Kota yang sungguh strategik ini, di kelilingi dengan tembok batu yang sangat tinggi dan panjang, serta berlapis-lapis. Aisyah pernah membaca tentang kisah Al-Fatih ini beberapa tahun dahulu. Merasa sungguh teruja dengan Al-Fatih yang hebat seperti yang tersurat dalam hadis itu, Aisyah berdoa agar Allah memberikan Aisyah peluang untuk melihat sendiri bumi Istanbul dan juga kesan-kesan sejarah tinggalannya. Alhamdulillah, hasrat Aisyah telah di makbulkan Allah. Selain dari Mekah (yang merupakan tempat menunaikan haji yang wajib bagi setaip umat Islam), Istanbul adalah destinasi ke-2 yang sangat ingin Aisyah lawati dan Aisyah bersyukur kerana Aisyah dapat melihat dan seolah-olah merasai sendiri getir peperangan antara pasukan Al-Fatih dan Konstantinopal. Pengalaman ini sangat mengesankan dan menjadi kenangan manis dalam hidup Aisyah.
Mengapakah Penaklukan Kota Konstantinopal ini terlalu sukar? Apakah keistimewaan Muhammad Al-Fatih sehingga diberi pengiktirafan sebagai seorang pemimpin yang terbaik yang mampu menakluk kota yang sungguh strategik ini?
...to be continued
Meriam yang digunakan untuk memecahkan tembok kota Konstantinopal. Meriam besar ini adalah senjata yang terhebat pada zaman itu.
Illustrasi pelukis: Sultan Muhammad Al-fatih (berkuda putih) dan juga tenteranya. Di sampingnya adalah tuan gurunya yang merupakan seorang ulama terkenal di zaman itu yang sangat di hormatinya dan di sayanginya bernama Syeikh Samsudin.
Illustrasi Pelukis: gambaran sewaktu peperangan
Illustrasi pelukis: Gambaran tembok yang rosak sewaktu peperangan dek kerana lontaran peluru meriam
Illustrasi Pelukis: Peta yang menggambarkan kota Konstantinopel pada masa itu. Serangan oleh Al-Fatih di buat dari arah darat dan juga dari arah laut. Selat Bosphorus (di kawasan laut) telah di pasang dengan rantai yang menyebabkan tentera Islam pada awalnya gagal untuk masuk ke kawasan itu (lihat rantai hitam yang di letakkan pada pintu masuk selat - di dalam gambar). Akhirnya, Sultan Muhammad Al-fatih mengarahkan tentera untuk memindahkan 70 kapal dalam satu malam melalui jalan darat untuk masuk ke kawasan Selat, dan perancangannya berjaya, tanpa disedari oleh pihak musuh.
Gambar tembok Kota Konstantinopal yang masih wujud dan di kekalkan hingga sekarang. Tembok ini berada di kawasan Topkapi, yang mana serangan darat di lakukan di kawasan ini. Tembok ini sangat panjang, tebal dan berlapis-lapis. Tidak hairanlah penaklukan pada zaman itu menjadi sangat sukar dan ramai Pemimpin Islam yang gagal menakluknya sebelum Al-Fatih.
Sebahagian dari tembok kota konstantinopal yang masih ada di Kawasan SultanAhmed di Istanbul
Selat Bosphorus, airnya kebiru-biruan memukau mata memandang
Masjid Biru (Blue Mosque) yang bersebelahan dengan Aya Sofya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan