.
Aisyah memang penngemar kuih-kuih bakar nie tau. Masalahnya kuih bakar banyak menggunakan santan, jadi terpaksa buat kuih nie, jarang-jarang. Tapi insyaAllah hari ini Aisyah nak share kuih bakar yang sedap tapi sihat. Sapa yang dah pernah rasa sure setuju bahawa kuih nie memang lemak berkrim, di sukai ramai. cara membuatnya juga mudah.
.
Aisyah berterimakasih kepada Hajah Masnooraini yang berjiran dengan Aisyah, kerana sudi berkongsi resepi ini dengan kita semua. Aisyah perpanjangkan di blog ini sebagai rujukan kepada sesiapa yang berminat. Hajah Mas nie dari Brunei, mmg jauh resepi nie ikut sekali dia merantau ke negara orang. Apa-apa pun, jom kita tengok resepinya. bahan-bahan ini menghasilkan 2 loyang kuih bakar (saiz agak besar). bagi yang berkeluarga kecil, rasanya cukup jika buat 1/2 adunan sahaja. Tapi kalau dah terbuat banyak tu, boleh je hantar ke rumah No. 38! heheheheh!
.
Bahan:
1 kg carrot-di potong saiz ibujari, dan direbus untuk melembutkannya.
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1/2 tin susu manis - aisyah tak letak pun susu manis sebab takde dalam stock
250 gm mentega
1 cwn susu cair - Aisyah guna susu segar full cream
5 biji telor
sedikit garam & pewarna kuning
.
Cara-cara
- Blend semua bahan hingga sebati. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
- Lengser loyang dengan 2-3 sudu minyak. Masukkan loyang dalam oven utk 2-3 minit.
- Kemudian keluarkan dan tuang dengan adunan yang dah di blender.
- Taburkan dengan bijan, dan bakar hingga masak
.
Nota: Kalau buat 1 adunan kuih ini, Aisyah rasa kena blend 2 kali sebab saiz blender tu tak muat kut. Ataupun, blend dulu carrot dengan susu, dan kemudian gaulkan nya rata-rata dengan bahan-bahan lain. Bila dah masak, kuih ini memang nampak macam agak lembik, tapi jangan panic, tu la rahsianya agar kekal lembut dan gebu. Biarkan sahaja hingga betul-betul sejuk, baru lah boleh di potong. Lagi moist jika di biarkan semalaman (jadi kuih akan jadi betul-betul sejuk dan cantik di potong).
1 ulasan:
jzkk pada resepi..
tengah mencuba..
akan bagitau hasilnya kemudian
Catat Ulasan