Jumaat, 9 Julai 2010

AIR KACANG SOYA







Assalammualaikum wbkt,
.
.Aisyah memang minat air kacang soya nie tau, tapi taknak yang kat dalam kotak tu, tak fresh....Aisyah suka yang original tanpa bahan pengawet. Masa belajar dulu time bulan puasa hari-hari beli di bazar ramadhan dengan sorang akak tu (dia pakai purdah) dan anaknya budak lagi dalam umur 10 tahun membantunya menjual air soya nie...fuh mmg fresh, pekat dan sedap!
.
Aisyah dah pernah buat lama dulu kira-kira 3 tahun lepas buat air soya nie...tu yang bila jalan-jalan di Tesco ada nampak kacang soya terus teringat nak buat air soya sendiri (huh, ingatkan macam sempat je nak buat) hahahha...Last-last terperap lah kacang soya nie buat 2-3 minggu, kira projek terbengkalai lah nie...then, one day teringat yang ada beli kacang soya...apa lagi, malam-malam buta (pukul 12 tgh malam buat air kacang soya)! hahahahhaha...tapi Aisyah memang biasa masak malam-malam nie, pernah tu mmg pecah rekod masak mee kari pukul 12.45-1.00 malam...hubby dan anak yang dah tido kat tingkat atas pun siap bangun semula, "mama masak apa bau sedap sangat nie?", then dgn diaorang sekali terus makan malam-malam buta tu...hehehehe...
.
Resepi ini menghasilkan air soya yang agak banyak....kira-kira 2 periuk saiz sederhana....kalau keluarga dalam 5-8 orang mungkin sesuai untuk resepi ini. Tapi kalau cuma 2 orang sahaja, baik gunakan 1/2 resepi sahaja rasanya sudah mencukupi.
.
Bahan-bahan
500gram kacang soya (direndam dalam air selama sekurang-kurangnya 6 jam, di ramas utk buang kulitnya dan toskan)
Air secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan 3 helai
.
Kain kasa diperlukan utk menapis air kacang soya ini. Kalau takde kain kasa, dinasihatkan gunakan je tudung bawal anda yang masih baru tapi tak pernah pakai/ tak minat nak pakai ok. hahahahha
.
(Nota: jangan guna tudung ariani ke, tudung jelita ke, tudung sri munawwarah ke, tudung thai silk yang awning-awning tu ke, hah kalau luntur colour tudung tu habis air soya jadi warna-warni - Aisyah tak bertanggungjawab ok, hehehehehhe). Seelok-eloknya test dulu sama ada luntur atau tidak warna tudung tu. Tapi Aisyah dah try guna tudung bawal yang baru berwarna merah pekat lagi, tapi syukur takde luntur langsung (terpaksa sacrifice sehelai tudung)!
.
Cara-cara
.
- Kisar 1 cawan kacang soya dengan 2.5 cawan air masak hingga betul-betul lumat. Tapiskan ia dengan kain kasa, dan buangkan hampas soya.
.
(Nota: Aisyah guna 2.5 cawan air, so nice je rasanya. Terpulanglah, kalau nak yang agak cair sikit, boleh blend dgn 3 cawan air - anyway, boleh adjust ikut citarasa masing-masing nak pekat mana air soya tu).
.
- Ulangi proses yang sama hingga kacang soya habis.
.
- Masak atas api kecil hingga mendidih dan hendaklah di kacau sentiasa. Masukkan juga daun pandan yang dah di ikat
.
- Letakkan gulanya ikut citarasa.
.
(Nota: hari tu Aisyah dah ngantuk so Aisyah masak pakai api maximum, then kacau sentiasa. Alhamdulillah ok, experimen menjadi, dan takde la rosak ke apa susu tu).
.
Anyway, bila air soya tu dah masak, baunya menjadi harum dan takde rasa getah susu soya tu. (faham tak nie? ha tak kisah lah). Dan apabila di minum, takde rasa kelat-kelat ke etc. Kalau ada rasa kelat-kelat tu maksudnya tak cukup rebus la air soya tu. Rebus hingga berasap-asap gitu. Then, adjust kepekatan air soya ikut citarasa anda.
.
Ada yang suka campurkan dengan susu manis atau susu cair sewaktu merebus air kacang soya ini untuk dapatkan rasa yang lebih lazat. So, terpulanglah ikut suka hati masing-masing. Cuma Aisyah lebih gemar yang original baru kaw kaw! hik hik hik hik...
.
.Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan