Jumaat, 9 Julai 2010

SERAWA DURIAN




Sekarang di Malaysia mmg tengah musim durian dan buah-buahan kan? Wah mmg lah beruntung orang Malaysia, kena banyak syukur sebab di limpahi dengan dusun-dusun yang mempunyai buah-buah yang lazat. Kalau nak pelbagaikan durian ini, selain dari di makan terus, enak juga di makan bersama pulut atau dipanggil serawa durian.
.
Biasanya, serawa durian ini mesti berwarna kecoklatan...rata-rata semua orang buat begitu. Tapi suami Aisyah dia ada taste lain sikit, yang mana dia suka kalau serawa durian tu di letakkan daun pandan, jadi bau pandan bersama dengan durian, dan warnanya yang kehijau-hijauan mmg menjadi pilihannya. So, Aisyah mmg biasanya ikut version yang berdaun pandan ini (nie kira invention baru je!), kerana sesuai dengan selera seisi keluarga.

(sumber asal dari : Almari Resepi)

Untuk Pulut
- masak 2 cawan pulut dengan 2 cawan santan cair, beserta secubit garam di dalam rice cooker hingga masak. Sejukkan ia.
(Nota: Aisyah masak pulut dgn air je, tak campur dgn santan, dan rasanya tak berbeza sgt)

Untuk Kuah Serawa Durian
- 4 ulas isi durian
-2 sudu gula merah
-gula putih secukupnya (ikut kemanisan yang diingini)
-1 cawan santan pekat (Aisyah tukar dengan 3/4 tin susu cair)
-2 cawan air (aisyah masukkan air secukupnya- bab ini ikut lah nak tambah atau nak kurang)
- Aisyah tambah dgn 3 sudu makan quaker oat (di blender kering). Tujuan quaker oat ini adalah utk menghasilkan kuah serawa yang agak pekat. Biasanya kalau di Msia kita mmg boleh gunan kuantiti durian yang byk, dan kuahnya mmg pekat, tapi bila duduk jauh nie durian pun mahal, jadi kena pandai-pandai lah modify utk bagi kuantitinya byk, dan rasanya tetap terpelihara).
- 6 helai daun pandan (di belender dengan 2 cawan air di dalam resepi ini tadi). Tapis dan ambil airnya sahaja.
- sedikit pewarna hijau, jika suka.
.
Cara-cara
- Rebus durian tu dgn 2 cawan air pandan tadi hingga durian menjadi kembang. Kemudian masukkan susu cair, pekat, quaker oat, gula merah & gula putih. Kacau sehingga sebati dan pekat. Adjust air ikut kepekatan yang diingini. Begitu juga dgn gula, adjust kuantiti gula hingga menepati citarasa anda.

.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI