Jumaat, 29 Oktober 2010

10 HARI PERTAMA DI BULAN DZULHIJJAH



Assalammualaikum wbkt,
.
Pernah tak dengar tentang keistimewaan beribadat di bulan Dzulhijjah, terutama pada sepuluh hari pertama bulan ini? Tak pernah dengar? Biasanya kita dengar tentang kelebihan beribadat di 10 malam terakhir bulan Ramadhan kan? Haaa....kali ini Aisyah nak share tentang kelebihan beribadat pada 10 hari pertama di bulan DzhulHijjah.

.
Sebenarnya, ramai di antara kita yang tidak tahu tentang kelebihan 10 hari pertama DzulHijjah ini. Sebenarnya, di samping kita memiliki kelebihan beribadat pada 10 malam terakhir ramadhan, yang mana pada hari selepasnya kita akan menyambut hari raya, 10 hari pertama Dzulhijjah ini juga sangat istimewa kerana pada waktu tersebut adalah waktu bagi jemaah haji melaksanakan ibadah haji dan kemuncaknya adalah pada 9 Dzulhijjah, iaitu disebut sebagai hari Arafah, dan pada 10 Dzulhijjah pula, kita akan menyambut hari raya Haji.

.
Jadi, walaupun kita tak melaksanakan ibadah haji, kita di anjurkan untuk mempergunakan kesempatan ini untuk beribadah sebaik mungkin kerana ibadah yang di lakukan pada waktu ini sangat di sukai oleh Allah. Hari raya Haji itu juga adalah berkaitan dengan ibadah haji yang sedang di laksanakan. Sebenarnya, dalam tempoh 1-10 DzulHijjah itu, orang-orang yang sedang melakukan ibadah haji sangat sibuk dengan persiapan haji masing-masing. Mereka melakukan tawaf, ada yang melakukan umrah terlebih dahulu (ikut jenis haji yang di buat) dan juga kemudiannya bermalam di mina, dan kemuncaknya adalah di Arafah. Pada hari Arafah ini Allah sangat gembira dengan berkumpulnya orang-orang ramai di Arafah bagi memohon doa dan keampunan dari Allah. Jadi, walaupun kita tak berada di Arafah pada waktu itu, adalah sangat di anjurkan untuk kita berdoa memohon ampun kepada Allah dan beribadat pada waktu tersebut. Jom, mari kita tengok beberapa hadis berkenaan perkara ini.

.
Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a bahawa baginda saw bersabda, "seutama-utama hari adalah hari Arafah".
.
Rasulullah saw telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari Arafah. Sabdanya bermaksud; "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya (Riwayat Muslim & Tarmidzi)
.
Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw bersabda. Tiada satu haripun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan seperti hari-hari ini - iaitu 10 hari pertama Dzulhijjah. Para sahabat bertanya, tidak juga berjihad kepada jalan Allah? Ujar baginda, "Tidak juga (termasuk) berjihad kepada jalan Allah, kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun".
.
Imam Ahmad r.a dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda, tiada satu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Dzulhijjah ini, oleh itu perbanyakkanlah padanya tahlil (Laillahaillah), takbir (Allah huAkbar) dan tahmid (Alhamdulillah).
.
Ada banyak lagi hadis-hadis lain dan juga ayat dari Al-Qur'an yang menerangkan dan menyokong tentang kelebihan beribadat di 10 hari pertama Dzulhijjah ini. Pada hari Arafah (9 Dzulhijjah) bagi yang tidak menunaikan haji pada tahun tersebut adalah sangat dianjurkan untuk berpuasa. Mereka yang memunaikan haji pula makruh untuk berpuasa pada hari Arafah. Keadaan di padang Arafah itu panas dan bersesak-sesak dengan semua jemaah haji yang ramai, jadi untuk memastikan para jemaah haji memiliki kekuatan fizikal untuk melaksanakan ibadah, mungkin disebabkan itulah hukumnya makruh bagi mereka yang menunaikan haji untuk berpuasa pada hari tersebut.
.
Pada hari Arafah ini, Allah berada sangat dekat dengan hambanya. Pada hari Arafah ini, Allah sangat gembira. Infact, sewaktu wukuf di arafah, kita tidak digalakkan untuk membaca Al-Qur'an atau bersolat, tetapi ianya di katakan sebagai masa yang paling baik untuk kita berdoa. Berdoalah agar dosa kita di ampunkan, dan diberi kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Juga, doakan lah juga ahli keluarga, rakan taulan, saudara mara dan umat Islam keseluruhannya, semoga kita dijauhkan dari api neraka, di beri kemudahan hidup di dunia dan diberi rahmat oleh Allah di dunia dan akhirat.
.
Di samping berpuasa pada hari Arafah dan berzikir mengingati Allah, kita juga di anjurkan utk melakukan ibadah-ibadah sampingan seperti membaca Al-Qur'an, berdoa, memohon keampunan, bersedekah, berbuat baik kepada jiran, keluarga dan rakan, serta merapatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita. Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah, insyaAllah.
.
Selamat beribadat di 10 hari pertama Dzulhijjah!

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI