Assalammualaikum wbkt,
.
Hari ini Aisyah nak share resepi hot plate noodle. Makanan nie sangat digemari oleh adik beradik Aisyah, tapi kena jaga-jaga tau...kebanyakkan hot plate noodle ini di masak oleh orang bukan Islam, kerana ianya adalah jenis masakan cina. Jadi bagi sesiapa yang rasanya nak cuba sendiri sebenarnya tidak lah susah memasaknya. Cuma kita perlu ada hot plate (seperti mana yang Aisyah gunakan dalam gambar tu).
.
Sebenarnya hot plate ini ada di jual. Fungsi hot plate ini adalah untuk mamastikan makanan tetap panas berasap-asap walaupun makanan dah terhidang di meja makan. Sebenarnya kalau makanan ini di hidang atas pinggan biasa pun boleh sahaja. Tapi kalau nak rasa keistimewaannya dengan asap-asap tuh dan kepanasan yang mantap, serta aromanya yang di letakkan sedikit minyak bijan mmg memancing selera. Lagipun makanan ini tak pedas dan kanak-kanak pun suka.
.
Beberapa minggu lepas, hubby Aisyah ada beli 3 hot plate nie. Tu yang rasa seronok sangat nak mencuba. Kebetulan waktu jalan-jalan di Tesco ada cendawan shitake segar yang di jual dengan harga murah. Jadi Aisyah pun apa lagi, rembat lah satu pek. Hot plate noodle nie akan jadi lagi asli jika guna cendawan shitake. Mmg la cendawan apa-apa pun boleh je digunakan (jangan cendawan beracun sudah la!), tapi kurang la sikit originalnya. Biasanya orang cina menggunakan daging itik dalam resepi ini. Ish mana nak cari daging itik kat tempat sejuk-sejuk macam nie? Takpe, ada daging ayam pun boleh juga hehehhe.
.
Resepi asalnya adalah dari Myresepi oleh Lilydvalley tapi Aisyah ada ubah sikit-sikit, saja ikut citarasa sendiri. Bagi yang tidak jumpa cendawan shitake yang segar, boleh juga gunakan cendawan shitake yang dried, cuma baunya agak kuat, jadi kena rendam dengan air panas lama sikit ye..
.
Bahan-Bahan (utk 3 orang makan)
Mee secukupnya (bab mee nie Aisyah rasa ikut lah apa yang nak digunakan. Biasanya orang cina gunakan Yee Mee, tapi sebab Aisyah ragu-ragu dengan status halalnya, jadi Aisyah guna je mee kering (ala-ala maggi tu), tapi kalau nak guna spaghetti pun boleh, atau mee kuning ke, ikut suka lah. Kalau guna mee maggi tu, tak perlu direndam dengan air panas.
5 ulas bawang putih (di cincang halus)
5 biji cendawan shitake segar (di potong 2)
daging ayam secukupnya (di potong kecil) - nie ikut suka lah nak letak banyak mana ye!
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis (Aisyah guna jenama ABC)
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia di hiris nipis
sedikit serbuk lada putih
sedikit minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung ( di bancuh dengan sedikit air)
Air secukupnya ( dalam 2-3 cawan air sahaja)
sedikit minyak untuk menumis
1 pokok sayur pak choi
.
Cara-cara membuat kuah hot plate noodle
- tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
- masukkan ayam dan gaulkan sebentar dengan halia & bawang putih tadi
- masukkan air, dan semua bahan-bahan lain (kecuali mee dan pak choi)
- biarkan mendidih dan rasakan ia. Adjust kepekatannya ikut citarasa sendiri.
.
Cara menghidang
- Panaskan hot plate atas api hinga berasap-asap
- pecah-pecah kan mee maggi/ mee kuning/ spageheti yang dah di celur
- letakkan sedikit sayur pakchoi segar yang telah di hiris
- tuangkan kuah hot plate tadi ke atasnya dan terus hidangkan
.
Sedap makan dengan cili jeruk!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan