Sabtu, 22 Januari 2011

NASI AYAM IPOH


Salam,

Aisyah suka sangat makan nasi ayam...begitu juga dengan family aisyah....antara resepi nasi ayam, yang paling aisyah suka adalah nasi ayam ipoh...memang sedap tau...nasi tu di campur dengan sos tiram dan baunya sungguh sedap dan lain dari yang lain....biasanya kalau aisyah masak nasi ayam, my daughter makan mmg bertambah-tambah, selain dari masak ayam kurma yang jadi favorite nya...ye lah kanak-kanak biasanya kureng sikit jika makanan pedas (e.g. ikan masak asam pedas atau masak lemak cili api), jadi menu ini memag sesuai untuk kanak-kanak dan ibu bapanya juga :)

Minggu lepas ada gotong royong di rumah rakan aisyah, ustazah hamidah jadi aisyah masak nasi ayam nie...ada kawan yang tanya kan resepi ayam ini bagaimana...actually hari tu punya lah kalut byk urusan pula, jadi tak sempat ambil gambar nasi pun, just gambar ayam je..hehehe..anyway, bagi sesiapa yang tercari-cari resepi yang best, boleh cuba resepi ini, insyaAllah anda puashati...

Kadang-kadang bila aisyah masak nasi tomato, nasi minyak atau nasi beriyani, aisyah suka je lawankan dengan lauk ayam nie, senang dan sedap...kemudian buat acar atau raita....insyaAllah menu mudah anda dah lengkap. Resepi asal oleh Quinnie dari my resepi dan telah di cuba oleh ramai blogger-blogger masakan. Terima kasih Quinnie atas perkongsian resepi yang best ini.


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras (Aisyah gunakan 4 cup beras basmati)
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam (Aisyah gunakan 5.5 cup air rebusan ayam)
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah (Aisyah hanya letakkan satu sudu kecil sahaja, sebab bila aisyah letakkan 1 sudu besar lada sulah ianya jadi terlalu pedas - jadi pandai2 lah adjust ikut citarasa anda ya)
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. (Nota: Aisyah perap ayam dengan semua bahan perapan dan biarkan 1/2 jam, kemudian cover dengan aluminium foil dan bakar dalam oven pada suhu 220 darjah selama 1 jam. Kemudian keluarkan ayam dan curah ayam dengan kuah dengan air perapan di dalam loyang pembakar, dan teruskan membakar selama kira-kira 10-15 minit (ikut kegaringan yang anda sukai).
  6. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  7. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  8. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  9. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

(Note: aisyah tak gunakan sengkuang pun, sebab mana lah nak cari sengkuang di sini, tapi alhamdulillah rasanya masih menjadi).

2 ulasan:

  1. Salam Auntie, ada hadiah di artikel terbaru, tahniah, jawapan auntie tu.. BEST! :)

    BalasPadam
  2. Sorry saya tergoogle ke sini..(bukan asal KL dan jarang turun KL) Namus saya carik Kedai Nasi Ayam.. Nama dia Restoran Eka Shogi kalau tak silap... dekat Mall lama area Ampang Park (tapi bukan dalam ampang Park) tapi kat opposite Ampang Park building next ti Citibank tu... ada lagi ker Restorantu kat situ...? Dan kalau dah berpindah.. kat mana dia berpindah eh? Dulu selalu ikut brader opis ni gi Citibank.. lar nie dah 6 - 7 tahun tak pergi.. saya plak bukan jenis suka merayap kat town cam KL tu... kang cari cari kedai dah tutup.. nyesal plak..

    BalasPadam