Ahad, 18 Januari 2009

DATES AND WALNUT CAKE




Resepi kek ini adalah dari jiran Aisyah, iaitu Ustazah Hamidah. Many thanks to her for sharing this recipe. Kek ini rasanya light dan tak muak bila makan. Cuma pada Aisyah rasanya agak manis sikit. Terpulang lah kalau hendak kurangkan gula sedikit pun boleh, ikut citarasa masing-masing. As a variation, Aisyah add some walnut in the cake as well as on top of it. Sesuai untuk hari jadi, hari raya dan hari tak raya heheheh. Kek ini juga boleh digunakan untuk membuat carrot cake. Cuma tukar kurma dengan carrot dengan kuantiti yang sama.
...
Aisyah sebenarnya memang gemar sangat dgn Dates and Walnut Cake. Kek ini ada dijual di sebuah Hypermarket yang tak jauh dari rumah Aisyah. Setiap kali singgah di situ, Aisyah akan membelinya dan hubby pun suka sangat kek ini. Setelah Aisyah cuba kek seperti yang diberi oleh Ustazah Hamidah, Aisyah dapati rasanya memang 100% seperti kek yang Aisyah selalu beli di Hypermarket tersebut.
...
InsyaAllah rasanya sekarang tak payah lagi la nak membeli sebab dah dapat resepi yang sebijik macam di kedai! Kuantiti kek nie agak banyak, jadi masa membuat Aisyah kurangkan semua kepada 250 gm, Alhamdulillah masih menjadi.

Bahan-bahan
350 gm gula
350 gm tepung naik sendiri
350 gm kurma (dibuang biji dan dicincang halus)/ 350gm lobak merah (disagat, jika hendak buat carrot cake)
350 gm marjerin
350 gm gula
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
100 gm walnut (dicincang) (optional)
Sedikit walnut (untuk hiasan di atas kek)(optional)


Cara-cara
1. Pukul marjerin dan gula hingga sebati dan gebu
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi
3. Masukkan tepung dan juga baking powder. Pukul lagi hingga sebati dan licin
4. Akhir sekali masukkan kurma dan pukul lagi sebentar untuk sebatikannya adunan.
5. Masukkan kacang walnut dan gaul dengan menggunakan spatula/senduk kayu.
6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 60 minit/ sehingga masak (sebab lain oven lain tempoh memasaknya).
7. Periksa sama ada kek sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi. Cucuk di bahagian tengak kek, dan jika lidi masih basah, itu bermakna kek belum masak sempurna. Bakar lagi hingga kek betul-betul masak.
(Nota: Untuk menggelakkan kek hangus di bahagian atas, jika di lihat kek agak kehitaman, keluarkan kek dari oven dan tutupkan kek dengan aluminium foil dan teruskan membakar hingga masak).
Pada pendapat Aisyah, jika kita handak buat kek dengan menggunakan kurma, lebih elok jika gula di kurangkan sedikit sebab buah kurma akan menambah manis lagi kek itu, jadi bimbang jika terlampau manis. Tapi jika kita hendak membuat carrot cake, kuantiti gula sebanyak 350gm itu rasanya sedang elok dan tidak perlu dikurangkan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rajinnya ko memsk...nnt blh aku cuba resepi ko...ea.Aku nk masak kena pk utk 1 minggu terus leh msk dlm jadual utk minggu depan...

Aisyah berkata...

Hai yin, selamat mencuba...blog ini masih baru lagi tapi insyaAllah bila aku free on weekends aku akan update mana-mana resepi yang ada k. stay tune!

KOLEKSI RESEPI