Aisyah nak share satu movie yang menjadi favourite Aisyah dan keluarga. The title is "Muhammad Utusan Terakhir" (Malay version) and "Muhammad the Last Prophet" (English version). Bagi yang tidak mempunyai cd, cerita ini juga boleh ditonton di YouTube. Walaupun cerita ini menggunakan animasi (cartoon), tapi mesej yang hendak disampaikan sangat jelas dan sangat menarik.
Mungkin ini boleh jadi salah satu alternatif kita untuk mengisi waktu santai kita dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Memang banyak kali Aisyah menangis waktu menonton cerita ini, disebabkan terlampau sedih melihat bagaimana Bilal dan Sumayyah diseksa hanya kerana mereka menganut ajaran nabi Muhammad. Dengan menonton cerita ini, kita juga dapat memahami tabiat kehidupan orang arab pada masa itu yang suka menyembah berhala, minum arak, berjudi, tenung nasib dan juga mengamalkan perhambaan serta berlaku zalim kepada yang lemah dan yang miskin. Ajaran Islam yang dibawa Rasulullah adalah sangat bertentangan dengan amalan masyarakat pada masa itu, jadi baginda di tentang dengan hebatnya oleh kaum baginda sendiri dan dipulaukan oleh masyarakat.
Banyak perkara dapat kita pelajari dari menonton kisah tersebut. Aisyah tak dapat bayangkan, betapa kuatnya semangat yang ada pada baginda Rasulullah untuk menahan ujian-ujian besar seperti itu. Disebabkan semangat, keyakinan dan sifat tawakkal yang ada pada baginda lah yang menjadikan agama Islam tetap berkembang hingga kini dan dianuti oleh pelbagai bangsa dari segenap pelusuk dunia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan