Jumaat, 20 Mac 2009

MOIST CHOCOLATE CAKE





Chocolate cake ini memang moist sangat-sangat, dan cara membuatnya juga memang senang dan bahan-bahannya pun memang mudah dan masa membuatnya pun memang cepat. Highly recommended untuk sesiapa yang takde hand mixer dan memerlukan equipment yang minimal.
...
Aisyah suka cake yang heavenly chocolaty jadi Aisyah cover dengan chocolate topping dan hiaskan dengan grated cocolate bar. Resepi ini Aisyah dapat dari kak Ayu Mazlan dan resepi asal dari Ustazah Hamidah. Untuk toppingnya pula Aisyah modify ikut resepi yang diberikan oleh rakan Aisyah, Kak Siti Mariam Arshad, yang dipelajarinya dari seorang chef di Kuala Lumpur.

Bahan A
2 cawan gula
1.75 atau (1 + 3/4) cawan tepung gandum
3/4 cawan kokopowder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
...
Bahan B
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas
...
Cara-caranya
1. Campurkan semua bahan A dan gaul hingga sebati (gaul dengan senduk kayu) atau apa-apa senduk pun boleh. Pastikan gaulnya rata dan tidak berketul.
2. Masukkan bahan B (kecuali air panas).
3. Masukkan air panas, dan gaul lagi sampai rata
4. Masukkan ke dalam loyang. Bakar selama lebih kurang 50 minit-1 jam pada suhu 165 darjah.
...
Topping
300 ml whipping cream
250 gram cooking chocolate (dipotong kecil)
50 gram butter
...
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan di dalam periuk kecil
2. Masak dengan api kecil hingga sebati
3. Biarkan semalaman untuk menjadikannya pekat, dan selepas itu boleh digunakan untuk cover kek coklat tadi.
Hiaskan dengan sedikit cooking chocolate yang diparut. Atau boleh juga sprinkle dengan coco powder atau icing sugar.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI