Jumaat, 20 Mac 2009

TIRAMISU CAKE









Tiramisu...sungguh kau ni putih manis, lemak berkrim dan di sukai ramai, tetapi kurang sesuai untuk orang yang berdiet/ ataupun nak kuruskan badan..hehhehehe...Alhamdulillah kek nie light rasanya, creamy, sedap dan senang nak membuatnya,... I would like to thanks my dear good friend, Dr. Nor Adlina for sharing this recipe with us. Sangat sesuai di buat bila ada special occasion dan tak sesuai di makan berseorangan!


BAHAN-BAHAN

1.5 paket sponge fingers ( ada di jual di pasaraya)
250 gm mascarpone cheese ( cari di bahagian sejuk beku) - kalau tak jumpa mascarpone cheese, Aisyah rasa boleh juga gunakan cream cheese sebaai alternative
300 ml whipping cream
Air sejuk secukupnya
Nescafe secukupnya
1 sudu kecil gula pasir
Sedikit serbuk koko dan chocolate bar ( di parut) - untuk hiasan


Cara-cara

1. Bancuh 1/2 sudu nescafe dengan semangkuk air. ( jika suka rasa kopi yang agak strong, tambah lagi nescafe tu, ikut citarasa masing-masing, tapi hati-hati sikit sebab kalau dah terletak banayk sangat kopi, kek tu jadi pahit dan tak best)
2. Celupkan sponge fingers ke dalam air kopi tu, dan susun di dalam bekas
3. Pukul whipping cream hingga agak pekat dan nampak berbuih. Masukkan gula dan mascarpone cheese, dan pukul lagi hingga sebati.
4. Ratakan separuh adunan cheese ke atas sponge fingers yang telah di susun dalam loyang. Sprinkle dengan serbuk koko.
5. Ulangi lagi proses yang sama. Akhir sekali, setelah sprinkle dengan serbuk koko, taburkan juga chocolate yang telah di parut (grated) untuk hiasan
6. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

2 ulasan:

4z dan Ina berkata...

Tu dia dah keluar begitu banyak sekali aktiviti dapur kak Aisyah. Kagum ler ngan akak.Dalam sibuk study pun ada masa 'bersilat'. Ina skrg masak as simple as possible. Tadi masak ayam ungkep. Wow,sedap ler. Thanks for sharing the recipe.

Aisyah berkata...

hahahahahha! ye ke ina dah cuba resepi tu? ke gurau je...anyway, napa tak datang kelas hadis minggu lepas...habis tak dapat makan mee rebus! hehehehe

KOLEKSI RESEPI